feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Wednesday, November 23, 2011

Persahabatan Ilahi :)

 

Assalamualaikum! Hai, saya kembali lagi! #GayaRetis. Kali nie, saya kembali bersama dengan header baru. Sebenarnya, tak banyak pun beza header lama dengan header yang baru nie haa. Cuma warna dia yang berubah. Dari pink ke biru. Tapi tetap berbeza kan? Amacam? Cantik tak? Ha Ha Ha.

Bila saya baca balik entry2 saya, saya rasa, saya selalu cakap tentang couple, kahwin, jodoh la. Hahaha. Amacam? Best tak? *Soalan mintak Penampar?* Benda2 nie bukan saya yang tulis. Semua reblog dari tumblr. Yang mana ada terkesan dekat hati, saya letaklah dekat blog kan.  Dah nie belog Fatin umira kan. Saya letaklah apa yang saya suka. Mueheheheheh. Tapi, setiap apa yang saya post, semua membawa maksud yang tertentu. Awak boleh baca, tapi awak takkan faham.  Sebab

Jadi bila baca apa yang saya tulis dekat sini, biarkan ia berakhir dekat sini. Tak perlu tanya dekat luar. Jangan persoalkan. Sebab, saya tak kan cerita.

Ecehh, sebenarnya saya tak nak cakap tentang benda nie. Nak cakap tentang persahabatan Ilahi. Bersahabat kerana Allah. You know what, the moment you have found someone that will improve your deen is AWESOME. Bila kita jumpa seseorang yang sama akidah, pegangan dan prinsip dengan kita, benda tu macam BEST sangat. Yela, saya nie jenis cakap tak serupa bikin. Hati berbolak balik. Iman pun macam roller coaster. Kadang2, saya memang amat memerlukan santapan jiwa untuk menyihatkan hati dan rohani. Siapa lagi yang nak tolong mengingatkan saya apabila saya terjatuh atau terlupa kan kan?

Kalau dekat uia, alhamdulillah. Suasana tarbiah yang sangat padu, ada talk, tiap2 minggu ada usrah, ada halaqah, ada peringatan2 kecil yang selalu diperingatkan, membuatkan saya rasa tak nak keluar dari uia. Saya rasa selamat. Seriously, SELAMAT.

Bila tiap2 kali usrah, ramai di antara mereka, memakai tudung labuh, saya pulak memakai tudung instant yang jenis sarung terus tuu, Hahah. Kadang2, rasa malu, rasa diri nie tak layak nak bersama mereka. Bila mereka melontarkan pendapat disertakan dengan hujah dengan al-Quran dan hadith, dan apabila tiba giliran saya, saya cuma melontarkan idea yang kadang2 kosong. Malu. Sad smileTapi, mereka tetap senyum.

Hari nie, saya menerima hadiah tudung labuh dari seseorang, tapi saya rasa saya tak layak pakai tudung labuh macam nie. saya tak nak merosakkan golongan yang bertudung labuh. Saya jahil, saya bodoh agama. Saya tak kuat, Saya tak baik. Akhlak saya buruk. Akhlak saya tak secantik mereka yang bertudung labuh,. Berkali kali saya cakap dekat diri sendiri, SAYA TAK LAYAK.

Dan ini apa yang dia cakap,

rileks. slow slow dulu. mula dari luaran, akan efek dalaman. bila pakai tutup aurat, kita rasa kita ni membawa imej islam. secara tak langsung, akhlak kita terjaga. sebab nak jaga Islam. nak berubah, tak kira dari dalaman atau luaran. yang penting, kehendak untuk berubah tu, perlu ada, seiring dengan usaha. rasa tak layak ke apa, ketepikan dahulu. benda baik, semua orang layak buat. :)

#crying,

pos

pos2

 

Sumpah terharu sangat! :’) tudung nie lembut selembut lembutnya! Tak tipu! Kain dia selesa sangat! Terima kasih Smile

Dan yang tinggal persoalannya, mampu ke saya nak pakai tudung labuh nie? Ya Allah, doakan yang terbaik.

Assalamualaikum.

No comments: