feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Tuesday, March 15, 2011

pemilik cintaku


“sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid.”
(riwayat Hakim,ibn Asakir,al-Dailani,dan lain lain.)


hai semua! err,i mean assalamualaikum.hehe.
haa,hari nie saya nak bercerita tentang pemilik cintaku.ehh bukan tentang seseorang yang saya sayang.tapi tentang sebijik buku.err,i mean sebuah buku.(da lama tak belajar bm,peratusan untuk menulis dalam bm,kian merudum. HAHA) korang nak tau tak?buku nie sangat2 besh bagi saya.nak tgk? jab,saya tunjuk.



 taraaaaa.

this book was given by my best fren ,amir hakim.thanks,penat awak pos kan. i really appreciate it :)


tak tau la sama ada saya terlambat jumpa buku nie atau memang saya yang salu ketinggalan zaman.haha.tapi buku nie memberikan keinsafan yang sangat2 mendalam di dalam hati.subhanallah! masa baca buku nie,air mata mengalir laju je dekat pipi. korang mesti nak tau kan apa yang terkandung dalam buku nie?jab,saya cerita.tapi sebelum tu,tarik nafas dalam2.saya nak cerita panjang2 nie.okay, get ready, 1 2 3 and GO!

cintaku hanya untuk suami,tak kan ku kongsi!

Ayat nie memberi kesan yang sangat mendalam.saya kagum.bait2 penulisan yang terkandung dalam buku nie semakin menarik minat saya untuk mengkhatamkan buku nie dalam masa sehari.saya terfikir,kuatnya wanita nie berpegang teguh dengan prinsip dirinya.cinta lelaki yang hadir dalam hidupnya tidak pernah diambil peduli.dia yakin lelaki yang baik,hanya untuk perempuan yang baik.lamaran demi lamaran ditolak.sms dari lelaki yang memuja dan melalaikan dirinya,ditolak ketepi.prinsipnya hanya satu,selagi lelaki itu bukan yang halal baginya,dia tidak akan mencemarkan hatinya dengan cinta dunia.ahh,lelaki,pandai pujuk rayu.bila tak dapat pujuk,bila da dapat,buang.cintanya hanya untuk suami.takkan dikongsi.

Akhirnya,pintu hatinya terbuka untuk menerima lamaran dari seseorang yang diyakini akan agamanya.mereka tidak pernah berjumpa.walaupun sudah bertunang,wajah masih belum dapat di lihat.mereka hanya berpegang pada janji Allah.


JANJI

tarikh keramat itu
mengikat sebuah janji
walau tak pernah bertemu
walau tak pernah mengenali.

kerana yakinkan agamaku,
kau melangkah datang,
kerana yakinkan agamamu,
janji ini ku serahkan.

Ya Allah..
Jangan biarkan ikatan kami dicemari,
dengan maksiat nan keji,
Permudahkanlah urusan kami,
Memeterai sebuah janji.

Percintaaan yang berlandaskan syariat islam sudah tentu menjanjikan kebahagian.kebahagian yang datangnya dari keredhaan Yang Maha Esa.pernikahan mereka berlangsung dengan penuh barakah.susah nak cari cinta suci yang masih wujud pada zaman nie.

Haa,sebelum tu saya teringat apa yang kawan saya pernah cerita.siti aminah namanya.masa nie kitorang tgh tunggu ktm nak g mid. hehe.

Siti: kau tau tak,hari tu aku dengar hot fm.diorang sembang tentang bercinta lepas kahwin.

Saya: yeke?besh ke? aku da lama tak dgr radio. (sambil buat muka sedih tak boleh blah )

Siti : xdela.ada lelaki nie call.dia cerita yang dia tak pernah kenal isteri dia sebelum dia kahwin.dia frust menonggeng sbb ex gf dia sebelum tu tinggalkan dia.

Saya : oh yeke? sian sian.haha,pastu?

Siti: pastu,dia suruh mak dia carikan bini untuk dia.dia da give up.last2 diorang kahwin cmtu je.malam pertama diorang kan,pelik gila.sebab diorang mmg tak pernah jumpa.berhubung pun tak.masa malam tu jugak la,si lelaki nie g tanya isteri dia, nama apa? Nak panggil apa? Umur berapa? Berat badan berapa? Sekolah tadika kat mana semua? macam2 la.macam masa mula2 lelaki nak mengayat perempuan.

 Saya: walaweh,sweet gila.haha.aku pun nak kahwin camtu. :P

Siti: haha.kau bayangkan,diorang tidur masa malam pertama tu asing tau.bantal letak kat tengah2.pastu,setiap kali lelaki nie balik kerja,diorang memang mkn sama2 tapi masing2 diam,malu.diorang jadi suami isteri yang betul pun lepas 2 minggu.diorang da ada dua anak da sekarang.last sekalikan lelaki tu cakap,‘terima kasih sayang sebab sudi jadi isteri yang baik buat abang’.

Saya: (terlopong) haaa? sweetnya weyh.besh besh.aku nak camtu jugak. :P

habis.

Okay,korang boleh nampak tak apa yang menarik kat situ? Menarik kan bercinta selepas kahwin.berkenalan di malam pertama.malu malu.nak cakap pun cover cover lagi.kalau mereka da biasa dating,jumpa2,mesti kemanisan perkahwinan tu cepat je pudar.sekarang nie,orang yang bercouple,diorang lagi advance dari orang yang da kahwin.okay,tak nak buruk2 kan orang.tak baik.bak kata kakak usrah saya,kita tak boleh menghukum orang sebab kita tak tahu bila Allah nak bagi hidayah dekat dia.tengok2 bila dia da dapat hidayah,dia akan jadi lebih baik dari kita. :)


Okay,kita end kan part tadi.kita patah balik kat cerita yang tergendala sebentar tadi.selepas tu,mereka pun berkahwin.suami dia nie doktor dan suami dia nie memang contoh teladan yang baik la.kalau boleh,saya nak semua lelaki baca buku nie.biar korang berubah sikit.korang tau nak rosakkan anak dara orang je.bila nak cari isteri,bukan main nak cari yang baik2,yang solehah la.korang tu da cukup baik sangat?cermin diri dulu boleh? ehh,terfeeling pulak. :P


Part yang paling saya suka dalam buku nie,masa si isteri nie nak belajar memasak.tengah2 nak bukak buku resepi tu,tengok2 tulisan tangan suami dia memenuhi ruangan buku resepi tu.macam nak bg kata semangat je dekat isteri dia.perkataan ‘sayang’ memenuhi ruang buku.waa,sweetnya! isteri mana tak terhibur kan? bertambah tambah semangat nak belajar masak.kalau saya pun,saya mesti akan jadi semangat gila.terus nak masak 6-7 hidangan setiap hari.hanya untuk suami.  cehh cehh :P


kalau saya nak cerita semua part dalam buku nie,tak study la saya kat sini.apa kata,korang dapatkan buku nie dengan segera.selagi stok masih ada.haha.skema pulak.haa,kt mph banyak stok buku nie.bukan mahal pun.rm 12 je.tengok wayang mampu,takkan nak beli buku yang bermanfaat pun nak berkira kan? err.

 Tapi,selepas membaca buku nie,saya bertekad nak jadi macam dia.bercinta selepas kahwin.hehe. :)


Buat bakal suami,saya tak tahu siapa awak.asal usul awak.makanan kegemaran awak. (kalau saya tau,hari nie jugak saya belajar masak masakan tu.) :P

tapi yang saya tahu,saya diciptakan dari tulang rusuk awak yang paling bengkok.jadi,bimbinglah saya menuju jalan yang diredhai.saya bukannya perempuan yang baik sangat pun.saya sedar saya tak patut mintak macam2 dkt awak.tapi,saya harap,bila kita jumpa suatu hari nanti,awak boleh terima diri saya seadanya sebagaimana saya akan terima diri awak seadanya.saya tahu awak mesti kacak,baik,warak,tak layan perempuan sangat kan kan kan? saya nie kuat cemburu.kalau saya tau awak nie siapa,da lama saya stalk fb awak hari2 24/7.hehe.
haa,awak baca nie. khas untuk awak.


Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan,
kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
jika diriku diterima kerana kecantikan,
kau kan bosan bila ia beransur hilang..
Aduhai suamiku,
Jelaskan niat dan matlamat,
Menerimaku kerana agama,
Baru hidup beroleh berkat,
Bahagia hingga ke syurga.
Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku,
Setelah Allah dan rasul,
Suluhkanlah buatku,
jalan menuju Yang Satu.
Suamiku,
Kita dua insan berbeza,
Cita dan Cinta yang sama,
Jadilah dirimu sebenarnya,
Terimalah diriku seadanya.


saya selalu terfikir, bagaimana rupa suami saya nanti tapi saya seakan tak kisah tentang rupa dan luarannya. biar dia bagaimana sekalipun, biar dia tidak sempurna,jika dia mampu membimbing saya ke jalan Allah, saya redha dan terima.

awak,cepatlah jumpa ibu ayah. :P



 salam sayang.assalamualaikum.




16 comments:

Hanamaruku said...

angah, aku nak buku tu!

Awan said...

okay. nnty aku bg .raye haji. :)

mlletqa said...

nak pinjam nnt :P

fath kasim said...

bila kita dah berjumpa dengan orang yang kita rasa sesuai dengan kita
lihatlah dari jauh .
berdoalah kpd ALLAH swt
andai kata dia jodoh kita
jadikanlah suamiku :)
mudah-mudahan :)

Awan said...

aminn fath aminn.
semoga kita bertemu dengan jodoh yang terbaik :)

skorpian said...

Al-Baqarah 2:216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Awan said...

yup.absolutely right. :)

Ninis said...

i will buy that book! :)

Awan said...

hehe. fatin umira likes this. :P

Zaza said...

aww sweetnye. kite dah bace dah buku tu tp dah lupe isi kandunganye.. + nak bercinte selepas kawen jugakk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

:P
keh keh emo pulak.
heeee

Awan said...

haha, sweet kan? i like too. :P

kay_are said...

macam best je novel tu.. jap.. itu novel ke buku?? em.. tapi series nampaknye macam best.. sweet gak r cinta pas kawin ni ye.. hee.. tapi.. x pernah ter pikir g nakw at camtu.. sekarang ni single so biar je dulu =P x sabar nak kawin dah ye? ape pun, semoga jumpe pasangan ye ^^

Awan said...

aminnn. haha. tak de la tak sabar nak sabar nak kahwin pn. itu menguatkan teekad untuk tak nak bercouple sekarang. kih kih kih. :P

ILA HonEyBuNNy said...

buku ini memang best...

2 kali ila baca...

salam ziarah...

naxa said...

assalammualaikum.. nice entry. boleh tak sy copy puisi ke sajak ke ape ntah hehe.. yg pasal suamiku itu? thanx ;)

Anonymous said...

sedap bace buku ni ^_^
hehe