feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Friday, May 11, 2012

Kerana buku.

 

Waktu itu tenang sehinggalah jarum jam mula menunjukkan pukul 9.25 pagi.

Dia menyusun buku-buku yang perlu dibawa untuk ke kelas seperti biasa.

“Hari ni ada kelas contract dan transaction in islamic law,” bicara akalnya seolah olah memberi isyarat kepada tangannya untuk mengambil buku yang kemas tersusun di atas rak.

Buku nota transaction in islamic law laju dicapai oleh tangannya. Buku itu lain daripada yang lain kerana ia sangatlah nipis dan sebenarnya sukar dikesan oleh mata kasar.Tetapi pada pagi itu, alhamdulillah, urusannya dipermudahkan untuk menjumpai buku itu. 

Kemudian,matanya beralih pula mencari buku law of contact yang setebal 250 muka surat. Kebiasaanya, buku contract ini sangat mudah dikesan dan dia tidak mempunyai masalah untuk mencari buku setebal ini biarpun buku ini tersembunyi disebalik buku-buku law yang lain.

“Eee, mana ni.” tangannya rakus menggeledah di segenap pelosok buku2 yang tersusun. Kemudian tangannya menggeledah lagi beg2 kuliahnya.

“Eee, tak ada pun. Mana ni,”

Muka mula berkerut. Dia memandang jam ditangannya. Pukul 9.30 pagi.

Kakinya laju melangkah ke compartment rakannya, nurul atiqah.

“Tqa, buku contract hilang. Tqa ada amik tak?”

“La, macam mana boleh hilang. Cuba cari betul2. Mana ada tqa amik. Kot2 terselit dekat buku2 lain ke”

“Tade, dah cari sungguh2 dah. Tak tipu.”

“Cuba tengok dekat beg yang Tin bawak hari tu?”

“Dah cari dah. Dah kosong dah beg tu. Dah bawak keluar semua buku dah. Hilang.”

Mukanya kusam, pucat, lesu. Fikirannya ligat memikirkan kemana dia membawa buku itu pada hari isnin memandangkan dia ada mengusung buku tu pada hari isnin.

“Hari tu, lepas habis kelas, pergi surau. Lepas pergi surau pergi café econs, lepas tu pergi masjid. Tapi tak ingatlah tercicir mana” Luahnya dalam nada kesal. Mukanya berkerut seribu. Lantas, kakinya terus beredar dari compartment rakannya, dan bergegas ke compartment sendiri yang jaraknya hanyalah beberapa meter.

“Eee, tade pun.” Dia mencuba sekali lagi mencari disebalik timbunan buku2 di rak, di meja, di bawah laci dan juga di dalam almari.

Tetapi masih gagal dikesan. “Huhh,” Kedengaran seperti putus asa.

“Tqa, macam mana ni. Nak final exam dah. Tak nak beli buku baru, buku tu penuh makna. Dari tulisan hitam putih, dah ada warna warna. Dah ada lukis2. Dah conteng2. Nota dalam kelas semua tercatat dekat buku tu. Macam mana ni,” Rungutannya kedengaran seperti budak sekolah tadika.

 

Photo 3131

                                                                 Gambar sekadar hiasan. Ini buku nota saya dekat CFS. Elok lagi tersimpan. hihi. tapi buku contract saya sudah hilang. T.T

Dalam kegundahan, astaghfirullah. Entah2 ada hikmah. Mungkin aku tak boleh bergantung pada buku. Aku kena bergantung pada Allah. Tape tape. Ada hikmah. Ada hikmah. Dia cuba meyakinkan diri sendiri. Melawan suara2 yang tambah2 meMbuatkan hati dan jiwanya tidak tenang. 

Setiap yang berlaku kan ada hikmah.

Oh buku contract yang saya sayangi. Saya tak sangka jodoh kita hanya sampai disini. Saya pun tak ingat bila kali terakhir saya memegang awak, membaca awak. Empat bulan awak bersama saya, saya rasa bahagia sangat. Awak beri saya ilmu tapi yang beri saya kefahaman sudah tentu Allah, ditemani dengan lecture dan rakan2 study group yang lain.

Alhamdullah. Dah 3 hari buku contract saya hilang tanpa dapat dikesan, saya rasa saya kena usaha lebih untuk final ni. Ya, dalam susah, dalam mahu mencari ilmu, mungkin tak boleh bergantung pada buku semata mata. Tengok? Dia boleh hilang dengan izin Allah dalam sekelip mata. Di sini, kawan kawan akan memainkan peranan. Oh terima kasih Fath, kerana bagi saya pinjam nota contract tu untuk di-copy. hehe.

Final exam lagi 2 minggu je. O Allah, saya masih boleh buang masa bukak facebook. Serious, saya benci bila saya buang masa. jujur jujur lagi, saya benci dengan sikap saya yang suka buang masa. T.T Allah.

Kawan2, marilah kita usaha sungguh2 untuk final ini ya. Perbaharui niat belajar setiap waktu. Semoga ilmu kita diberkati Allah dunia dan akhirat. InsyaAllah.

mood: study.

assalamualaikum.

No comments: