feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Wednesday, May 16, 2012

Dua kesyukuran.

 

Ya Allah, alhamdulillah. Hari ni berlaku dua kesyukuran yang membuatkan dirinya benar2 bersyukur sebagai seorang hamba. Sabarnya tidak sia sia. Pergantungannya kepada Allah tidak sia sia. Alhamdulillah alhamdulillah.

alhamdulilllah

Kesyukuran pertama, terima kasih ya Allah sebab buku contract yang saya khabarkan hilang tu, dah jumpa dah pada pagi tadi. Lama jugak dia hilang tanpa dikesan. Hampir seminggu! Subhanallah! Ajaibnya, saya sendiri memang tak ingat yang bahawasanya saya ada pergi ke kedai fotostat pada hari kejadian. Saya tak ingat langsung! Saya berasa seolah olah scene saya ada singgah-sekejab-ke-kedai-fotostat itu telah dihapuskan begitu sahaja dari fikiran saya.Terlupa terus! Mungkin Allah sengaja nak uji. Nak tengok tahap kesabaran. Nak tengok, kalau buku ni hilang, berapa panjang rungutan yang saya boleh bagi. Allah hai. Tapi Alhamdulillah, Selagi pergantungan hidup itu hanyalah kepada Allah, segala perkara akan dipermudahkan. Saya melawan suara2 yang meresahkan itu dengan perkataan, setiap yang berlaku ada hikmah. Bukankah kehidupan ini yang akan mengajar saya?

Kita memang selalu bergantung kepada benda-benda kecil. Bila hilang,mulalah resah. Lemah sungguh saya sewaktu buku contract saya hilang.Cuba melawan suara2 yang melemahkan membuatkan saya semakin lemah. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dah jumpa awak! Sewaktu saya pegang buku tu, saya peluk dia, saya cium dia, saya dakap dia sambil berkata,

“Lepas ni,awak jangan hilang lagi.”

 

Kesyukuran kedua, sakit perut saya dah hilang! Alhamdulillah! Ahad yang lepas, saya mengalami sakit perut yang amat sangat dan hanya Allah dan diri sendiri sahaja yang tahu betapa sakitnya saya. Lemahnya! Buku hilang pun dah lemah, apatah lagi bila Allah uji sakit yang serupa ini. Saya mengalami keracunan makanan yang teruk yang pernah saya alami. Sampai demam demam. Sampai tak pergi kelas. Ini bukan sakit perut sekejab sekejab tetapi 2 hari berterusan. Dan dalam keadaan sakit, saya harus mengulangkaji subject islamic legal system memandangkan saya ada test pada hari selasa. last minit study memang akan hadapi masalah macam ni. Jadi, saya rasa ada hikmah yang saya dapat. Di waktu senang, tidak boleh bertangguh. Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit? Manfaatkan waktu sihat yang Allah beri dengan melakukan sehabis mungkin apa yang boleh kita lakukan.

Teringat, kak wani pernah cakap, hairankan kalau seseorang tu boleh cakap, “tak tau nak buat apa hari  ni” sedangkan, dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang boleh kita lakukan. Dan setiap masa yang Allah beri kita kena hargai sebab masa takkan boleh kembali dan kita tak akan tahu, apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Study dalam waktu sakit, memang menguji ketahanan saya. Saya rasa tak kuat. Bila nak solat, saya malas sangat nak melangkah untuk mengambil wudu’ sehingga saya terdengar suara jahat berbisik, “kalau  kau sihat, kau akan solat kan. Ni kan kau tak larat. tak sihat. Tak payah lah solat cepat2. rehatlah dulu.”

Lantas saya teringat tentang perihal ikhlas. Apabila kita sihat, kita boleh kata, kita ikhlas melakukan ibadah kepada Allah tetapi pada waktu kita sakit dan lemah, keikhlasan kita itu yang akan di uji. Adakah dalam keadaan kita sakit, kita boleh untuk berasa ikhlas dalam beribadah kepada Allah?

Tepuk dada tanya iman ya fatin.

Tentang perihal sakit perut ini juga membuatkan saya terfikir, betapa hebatnya apa yang dialami oleh saudara kita di Palestin. Betapa sikitnya dugaan yang Allah beri kepada saya. Itu pun dah panjang suara keluhannya. Itu pun dah membuatkannya mudah berputus asa. Patutlah Allah letak saya di Malaysia dan bukannya di Palestin. Allah hai.

1p

Allah lebih mengetahui.

 

 

 

No comments: