feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Thursday, September 20, 2012

Mak dan abah yang ohsem.

 

Assalamualaikum.

Saya ada terbaca dekat satu buku ni tapi saya terlupa dekat mana saya jumpa buku tu. Banyak sangat baca buku la ni. Oh sungguh poyo ayat itu. *Muntah*.

Tapi saya terkesan dengan kata-kata dalam buku tu. Tak silap saya, bait-bait ayat yang digunakan ialah,

“Ya Allah, kalau lah mak masih ada, aku teringin nak jadi anak yang solehah.”

Kata-kata itu seperti itu telah memukau saya sebentar dan lantas air mata mula bergenang apabila mengenangkan mak dan abah yang ohsem di kampung halaman. Eh jab, saya tinggal dekat bandar. Jadi, air mata mula bergenang apabila memikirkan mak dan abah yang ohsem yang berada di bandar halaman. Sobs sobs.

Hampir dua puluh tahun saya disara sepenuhnya oleh duit abah yang gigih bekerja bagi menyara keluarga. Kalau gaji masuk, abah bukan ada beli barang keperluan dia, bukan ada pergi mega sales untuk shopping dan enjoy macam remaja masa kini. Tapi duit abah mengalir dalam setiap darah saya. Duit yang abah hulur setiap kali saya nak ke sekolah. Duit yang abah hulur setiap kali saya nak balik uia tu masih lagi berlarutan sehingga sekarang.

anak ayah

Abah yang ajar saya sembahyang, kecik-kecik lagi abah dah ajar kenal Tuhan. Abah yang ajar saya mengaji setiap kali lepas maghrib, abah yang selalu marah saya bila saya tak kenal-kenal huruf aliff ba ta, abah yang belikan saya buku panduan solat, abah yang tampal cara-cara solat dekat depan pintu, abah yang selalu suruh hafal ayat-ayat dalam solat. Dan saya ingat lagi semua itu. Saya boleh baca al-quran dengan lancar pun atas sebab didikan dari seorang abah.

Hampir dua puluh tahun juga, saya masih ada kesempatan untuk memanggil ‘mak’ kepada seorang wanita yang paling banyak berjasa kepada saya. Yang membawa saya selama 9 bulan di dalam kandungan, yang melahirkan saya, yang menyusukan saya,yang mengasuh saya, yang membasuh najis saya sewaktu saya kecil, yang memasak untuk saya, yang menyuapkan makanan kepada saya, yang mengajar saya berjalan, yang mengajar saya bercakap dan yang buat macam-macam lagi untuk mendidik saya. Fuh, peluh panjang kalau nak list satu-satu jasa dan pengorbanan mak.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. (Surah Al-Ahqaf:15)

Sedih apabila saya mengenangkan remaja yang menggunakan kaki untuk menyepak ibunya sedangkan orang disepak itulah orang yang mengajarkannya berjalan. Kakinya itulah yang pernah ditatih untuk berjalan oleh sepasang suami isteri yang bernama ibu dan ayah.

Sungguh saya tak dapat bayangkan keadaan saya apabila mereka sudah menutup mata. Suatu saat yang mungkin saya sudah tidak berkesempatan untuk memanggil ‘mak’ dan ‘abah’ lagi kepada dua insan yang paling banyak berkorban untuk saya. Dan apabila saat itu menjelma, slogan untuk menjadi anak yang solehah sudah lagi tidak bermakna. Hanya doa yang boleh dikirimkan buat mereka semoga kita akan bertemu semula di syurgaNya.

Tataplah kedua wajah ibu bapamu. Kenanglah selalu jasa mereka agar pada waktu ini, kita masih punya masa untuk berbakti kepada mereka. Janganlah lebih mengutamakan buayafriend kamu dengan meletakkan gambar mereka di dalam purse, atau di wallpaper handphone pintarmu. Apakah yang buayafriend kamu lakukan itu lebih sweet daripada kedua ibu dan bapa kamu yang mendidik dan menjaga kamu dari kamu kecil sehingga sekarang kamu sudah dewasa. 

Rendahkahlah suara kamu ketika berbicara dengan mereka. Mereka yang mengajar kamu berkata-berkata dan apakah pantas apabila kita sudah pandai berkata-kata, kita menggunakannya untuk menyakiti kedua hati ibu dan bapa kita? Gulp!

Jika salah seorang daripada kedua-duanya (iaitu ibu bapa kita), atau kedua-dua sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan Ha! dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka, perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah Al-Isra:23)

ibu

Doakan yang terbaik untuk mereka. Saya berharap sangat, selagi usia masih ada, saya mahu membahagiakn mereka dan memudahkan urusan mereka di dunia ini dan apabila mereka sudah menutup mata, hanya doa-doa dari anak yang solehah yang akan menyebabkan pahala mereka berpanjangan.

Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w bersabda - "Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara:-
1. Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah)
2. Ilmu yang berguna dan terus diamalkan
3. Anak yang soleh yang mendoakan baginya

Jadi, mari cuba muhasabah dan mencuba unutk menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah. Renungan bersama.

mak abah saya

Mak abah ohsem. Penulis je yang tak ohsem. >.<

2 comments:

Aisyah(s) said...

penulis pun boleh jadi mak yang osem in the future.InshaAllah~

Awan said...

aminn insyaAllah :D