feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Tuesday, September 18, 2012

Telekung jarang.

 

Assalamualaikum.

Saya dah lama nak berkongsi mengenai perkara ni dekat blog tapi tak ter-update sehinggalah ada seorang sahabat yang mahu menghadiahkan saya sehelai telekung dan bertanya tentang saiz telekung saya.

“Er rasanya telekung ada saiz kanak-kanak dan orang dewasa je. Ke memang ada saiz dan saya yang tak tau? Heh.” Saya tersengih. Terasa lucu pula apabila sahabat bertanyakan mengenai saiz telekung saya.

“Tapi, telekung yang berada dekat pasaran sekarang ni, banyak yang jarang. Susah la nak cari yang betul-betul tak jarang. Tak ramai yang ada kesedaran tentang perkara ni. Mereka ingat bila dah sarungkan telekung dah okay, hakikatnya ada telekung yang jarang dan kena pakai pakaian menutup aurat dekat dalam.” Bicara saya panjang lebar.

comelll

Akhawat yang saya sayangi kerana Allah, awak tahu tak, telekung yang kadang-kadang kita pakai tu tak kisah warna putih ke warna merah ke warna kelabu ke, kalau telekung tu jarang dan awak tak pakai pakaian yang menutup aurat di sebalik telekung itu, solat awak tu agak-agaknya sah tak? Ibaratnya, kalau lah telekung awak tu boleh menampakkan warna kulit awak, jarang dan menampakkan aurat awak, tak sah solat tu kerana pada hakikatnya ketika kita sedang menghadap Allah, kita kena memastikan kita berpakaian menutup aurat dan tidak jarang sampai menampakkan warna kulit. Itu syarat sah solat.

Jadi, untuk langkah keselamatan jalan raya, pakailah pakaian yang menutup aurat di sebalik telekung awak kalau awak dapat rasakan yang telekung awak tu jarang. Misalnya kalau dekat rumah, awak pakai lengan pendek, tapi apabila menunaikan solat, awak pakai la lengan panjang. Takut pula, kalau awak pakai lengan pendek lepas tu, telekung awak tu jarang, kan dah ternampak warna kulit awak, dan takut pula tak sah solat awak.

alhamdulillah

Hmmm, kadang-kadang, saya lebih suka tak pakai telekung bila solat dekat luar. Kalau kita dah berpakaian menutup aurat, tudung tak jarang, dah pakai sarung tangan, dah pakai stoking tebal, buat apa kita nak cari telekung. Solat sahajalah terus sebab syarat sah solat bukan kena pakai telekung tapi kena tutup aurat dengan sempurna. *Senyum kenyit mata.*

Tapi ramai yang menjadikan pakaian yang menutup aurat tu sebagai budaya untuk menunaikan solat sahaja. Misalnya pemakaian stokin.Di dalam solat kita akan memakai kain yang satu set dengan telekung itu bukan? Kenapa pakai kain? Sebab kita sedia maklum, mana boleh solat nampak kaki. Budak kecik 5 tahun pun tahu la der. Solat tu, kenalah pakai kain tu nak tutup kaki tu. Aurat tu awak. Hisshh. Takkan tak tahu?

 haram

Kalau dalam solat, awak tahu kaki tu aurat, kenapa dekat luar awak tak anggap kaki awak tu aurat? Haa, soalan menguji kemahiran berfikir ni. KBKK ni. Allah nampak kita setiap masa tau. Bukan hanya dalam solat sahaja. Haa. Takut tak, takut tak? *muzik seram*

Saya teringat, ada suatu ketika saya solat bersama adik saya di sebuah surau. Di surau itu tiada sehelai pun telekung. Ramai yang sibuk mencari telekung tetapi hampa kerana tidak menjumpai sehelai pun telekung. Saya dan adik solat seperti biasa tanpa mengenakan sebarang telekung. Saya rasa nikmat betul apabila memakai pakaian yang menutup aurat yang boleh digunakan terus untuk solat. Tetapi, di sebalik itu, saya terdengar suatu suara kanak-kanak dari arah depan. “Mama, tengok orang ni tak pakai telekung. Mana boleh sembahyang tak pakai telekung.”

adik3

Adik :)

Saya pejam mata. Cuba mengalihkan tumpuan pada yang Maha Esa. Seperti mana dalam hadith, apabila malaikat jibrail bertanya tentang ihsan, nabi menjawab, ihsan itu ialah apabila kita melakukan sesuatu seolah-olah kita melihat Allah tetapi jika kita tidak dapat melihat Dia, sesungguhnya Dia melihat kita.

Ramai yang menjadikan pakaian menutup aurat itu hanya layak dipakai apabila mahu menunaikan solat tetapi kita terlupa yang bahawasanya Allah Melihat kita setiap masa dan setiap ketika. Jadi, pakailah pakaian yang menutup aurat ketika mahu melangkah keluar dari rumah. Eh ni bukan saya yang suruh. Ni bukan ustazah pilihan atau imam muda yang suruh. Tapi Allah yang suruh. Perintah Allah ni. Macam mana nak tahu pakaian yang kita sarungkan tu pakaian yang menutup aurat? Kalau kita boleh pakai pakaian itu untuk solat, itulah pakaian yang menutup aurat. Kan senang?

DRESS FOR ALLAH

Dress to please Allah! Kalau pakai pakaian untuk nampak cantik di hadapan manusia pun, apa faedah yang kita dapat? Mungkin dapat la panggilan phewit, tak pun dapat memukau hati mana-mana lelaki ke, dapat santau orang ke, tak pun bangga bila orang kata kita ni up-to date dengan fesyen. Ehemm. Sebenarnya, benda tu tak membawa apa-apa makna pun. Lepas orang puji-puji, lepas tu nothing yang akan berlaku. Bukan dengan pujian manusia tu, kita boleh dapat darjat yang mulia di sisi Allah. Bukan dengan pujian manusia tu yang akan dapat menyelamatkan kita dari azab seksa Allah di dalam kubur nanti. Cuba fikir-fikirkan? Jadi, dari seghonok menghabiskan duit untuk berfesyen, jom habiskan duit dengan menderma. Ewah.

Kalau betul-betul sayangkan Allah, pakailah pakaian yang menutup aurat, longgar dan tidak jarang agar terbukti kecintaan kita kepada Allah. InsyaAllah. Sama-sama kita perbaiki diri.

Aurat first before fashion. Jadilah full time muslimah. Bukan part time yang hanya menutup aurat ketika mahu menunaikan solat. Hoyeahhh.

full time muslimah

4 comments:

Aisyah(s) said...

ayat zaman jahiliyyah dulu: " ibu, adik xnak solat, telekung basah lagi kat ampaian" kekekeke~

amerhakim said...

alhamdulillah.. inspiring to muslimah.. :)

Honey IsyQi said...

aurat kaki yg sentiasa diabaikan. sedang berusaha utk tutup aurat dgn lebih sempurna. Harus mujahadah.. =D

Awan said...

InsyaAllah, saya doakan awak cik honey :D