feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Saturday, September 15, 2012

Teori 10/90.

 

Assalamualaikum.

Kelas pada petang itu berjalan seperti biasa. Minggu pertama bermulanya kelas terasa diri bersemangat berkobar-kobar seperti membawa bendera jalur gemilang sambil melaungkan perkataan ‘merdeka’, ‘merdeka’ dan ‘merdeka’! Eh. Begitu aneh sekali fenomena untuk memulakan semester baru. Tetapi takut pula kalau semester baru ini, semangatnya bukan main tinggi di awal semester,tapi di akhirnya semangat boleh jatuh merudum ibarat harga saham di pasaran asia. Errr.

sem

InsyaAllah.

Semuanya bermula dengan perkara yang sama. Lectures untuk setiap subjek, kelas, buku-buku rujukan, notes senior, assignments, tutorial dan macam-macam lagi. Tapi semuanya akan berakhir dengan pengakhiran yang berbeza. Result yang kita peroleh semuanya akan berlainan bukan? Ada yang dapat fourflat, ada yang dapat ‘cukup-cukup-makan’ dan tak kurang juga yang sampai kena repeat. Err, ini yang tak best ni. whyy

Takkan nak salah kan mak cik senah belakang rumah pulak bila awak kena repeat. Paling dasyat kalau kita nak salahkan Allah atas semua yang terjadi pada kita. Lumrah manusia la kan. Bila terjatuh, susah nak tengok kesalahan diri sendiri tapi lebih mudah menuding jari kepada perkara lain. Sebab tu bila ditimpa musibah, kita selalunya akan mempersoalkan, “Ya Allah, kenapalah aku yang kena menghadapi semua ni?”.

“If I were to say,'God, why me?’ about the bad things, then I should have said,'God, why me?’ about the good things that happened to me in my life.”

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia-lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”. QS At-taubah ayat 51.

 takdir

Ustaz saya kemarin, ada bercerita mengenai sesuatu teori. Teori 10/90. Saya yang pada mulanya mengantuk dan mata terkebil-kebil tetapi apabila mendengar tentang teori ni, mata terus segar bugar macam baru lepas dapat treatment Spa Q di Kota damansara. Eh.

Kalau awak nak tahu, sebenarnya, 10% daripada apa yang telah berlaku adalah sesuatu yang TIDAK BOLEH dikawal. Orang putih cakap, benda ni macam out of control la. Tapi, 90% daripada apa yang akan berlaku adalah sesuatu yang BOLEH DIKAWAL. Pelik? Eh jangan pelik lagi. Mari kita lihat contoh seterusnya. Ewah.

Contoh yang diberikan oleh ustaz adalah contoh yang mudah untuk difahami dan senang diterima oleh akal fikiran kita.

Pada suatu pagi yang ceria, angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa, burung-burung bebas berkicauan, di sebuah rumah banglo 3 tingkat, ada seorang pak cik yang bernama Talib atau nama manjanya Pak Lib yang ingin memulakan paginya yang ceria dengan menikmati sarapan bersama ahli keluarganya.Tiba-tiba anak perempuannya telah tertolak secawan kopi dan kopi itu tertumpah ke atas baju kemeja yang berwarna putih dan baju anaknya juga habis kotor terkena air kopi.

Dia terkejut dan merasa berang dengan kecuaian anaknya. Lantas, dia memarahinya, “Eee, bodoh betul la. Angah ni kenapa cuai sangat? Mata tu letak dekat mana? Habis kotor baju aku. bla bla bla bla, buta ke kamu ni? bla bla bla bla. Bodoh betul la.bla bla bla.” Hampir 20 minit, Pak Lib memarahi anaknya. Anaknya diam dan tidak bersuara. Di kelopak matanya, air mata mula bergenang.

crying....

Mendengar leteran itu, isterinya bersuara, “Abang ni pagi-pagi dah marah anak ‘bodoh’ la apa la. Bagus sangat perangai tu. Pergi je la tukar baju dekat atas tu. Saya dah gosokkan baju abang untuk seminggu. Abang pakai je la baju yang esok punya.”

Ego seorang lelaki yang cepat melenting, apabila di tegur oleh isterinya, dia bertambah rasa berang, “Awak ni pun satu. Yang letak air kopi dekat tepi meja ni buat apa? Letak la dekat tengah. Kalau awak letak dekat tengah, benda ni takkan jadi tau. Ni semua salah awak.” Lantas Pak Lib menyalahi isterinya pula.

Isteri Pak lib malas bertengkar dengan suaminya lantas dia bersuara lembut terhadap anaknya. “Dah la angah, pergi naik atas, tukar baju sekolah awak tu. Habis kotor.” Anaknya pun pergi menukar pakaiannya dan tiba-tiba, bas sekolah pun terlepas. Jeng jeng jeng.

Pak Lib pergi menukar baju dan terus menghantar anaknya ke sekolah. Sesampai di sekolah, anaknya terus turun dan tidak mahu bersalaman dengannya. Dia terpinga-pinga.

Dia bergegas ke pejabat tetapi sesampainya dia di pejabat, dia baru tersedar yang brief casenya tertinggal di rumah. Dia pun berpatah balik ke rumah dan dia mendapati, hubungan dia dan isterinya macam ada something wrong je. Hmm dia menarik nafas panjang dan berkata, “kenapalah hari ni hari yang malang buat aku.”

 

said something stupid

Mari kita soroti kisah yang kedua ini pula.

Pada suatu pagi yang ceria, angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa, burung-burung bebas berkicauan, di sebuah rumah teres setingkat, ada seorang pak cik yang bernama Pak Ahmad, yang ingin memulakan paginya yang ceria dengan menikmati sarapan bersama ahli keluarganya.Tiba-tiba anak perempuannya telah tertolak secawan kopi dan kopi itu tertumpah ke atas baju kemeja yang berwarna putih dan baju anaknya juga habis kotor terkena air kopi.

Dia terkejut dan beristighfar terlebih dulu dan terus berkata, “Tak apa sayang. Semua orang buat kesilapan kan. Benda dah jadi pun kan.” Selepas itu dia naik ke atas untuk menukar pakaiannya dan mengambil brief case di atas katil.

Bas anaknya sampai dan anaknya bersalaman dengannya sebelum menaiki bas. Sebelum dia ke tempat kerja, isteri dia bersalaman dengannya dan dia sampai ke pejabat tepat pada waktunya dan yang paling penting brief case tidak tertinggal dan semuanya berjalan seperti biasa.

Simple je kan apa yang berlaku pada situasi kedua. Semuanya bergantung bagaimana kita react dengan sesuatu perkara tu. Kalau kita boleh control apa yang kita react itu dengan baik, hidup kita akan seghonok je. Tak gitu?

Dalam erti kata yang lain, 10% daripada apa yang berlaku adalah sesuatu yang kita tak ada kuasa untuk menghalangnya daripada berlaku. Macam air kopi yang tumpah tu, kita tak boleh nak halang dia daripada tumpah dan terkena baju kita. Tapi bagaimana kita berhadapan dengan situasi tu yang akan menentukan bagaimana keadaan kita selepas itu.

Hidup sering menyediakan pilihan. Maka pilihlah yang baik dan mudah. Pak Ahmad yang memilih untuk memaafkan anaknya daripada memarahinya dan kita lihat kesannya jauh lebih mudah daripada apa yang dialami oleh Pak Talib. Betulkan apa yang Rasulullah cakap,

“Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.”

(HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Jadi, apabila menghadapi situasi yang susah dan tak best, diam sekejab dan istighfar. Ambil masa untuk bertenang dan bersabar. Kemudian senyum kerana dengan senyuman, musibah dan kesusahan berasa segan dan takjub kepada jiwa yang senantiasa tersenyum.

smile...

Dan sebagai seorang pelajar, kita sudah tentu akan mengalami situasi ya Allah-banyaknya-kerja-tak siap-lagi. Minggu-depan-dah-exam- Esaimen-tak-siap-lagi-presentation-lagi-dua-hari.

Muhasabah balik, 90% bergantung pada keadaan kita menghadapi situasi itu kan? Susun semula kerja-kerja kita. Ambil bahagian yang utama, selesaikannya dalam suatu tempoh waktu mengikut kemampuan kita. ‘Misalnya dalam dua hari, aku mesti dah selesaikan esaimen ni”. Rancang masa dengan betul dan fokus. Huu. *Peringatan untuk diri sendiri*

esaimen2

Saya selalu memberi tazkirah pada diri saya. Tak kisahlah sesusah mana situasi yang perlu awak hadapi, kalau awak perlu menghadapinya, AWAK TAK AKAN BOLEH LARI. TAPI AWAK PERLUKAN STRATEGI. Ada suatu kata-kata menarik yang ingin saya kongsikan.

“Aku tidak pernah meminta kepada Tuhan agar menyelamatkan aku daripada bencana, tetapi aku selalu minta agar aku sentiasa dijauhkan daripada perasaan putus asa. Percayalah, ketika Yang Maha Tinggi melemparkan kamu dengan “Tangannya” yang satu, maka TanganNya yang lain akan menyambutMu”.

Maksudnya, ketika Allah memberikan kamu sesuatu takdir yang membuatkan kamu berasa hampa, ada sesuatu yang akan menyambutmu di tempat yang lain dan memberikan kamu rezeki yang tidak disangka-sangka. Yang penting ialah sentiasa bersangka baik dengan Sang Pencipta. 

“Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat.” QS Al-hijr ayat 56.

Awak tak mahu kawal 90% daripada apa yang berlaku? Awak tak nak mulakan langkah dari sekarang?

 

do something amazing[3]

*Self reminder*

No comments: