feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Monday, July 22, 2013

Merasa istimewa dalam berukhwah.

 

Assalamualaikum.

Tahukah kalian kisah ‘Amr ibn Al-Ash? Kisah yang membuatkan aku tersengih sendiri sehingga menampakkan dua atau mungkin semua batang gigi.

Siapakah beliau? Perlukah untuk kita tahu siapakan beliau?

“Lah? Bukan keluar exam pun. Otak dah padat dengan macam macam benda.”

“Loh. Tak payah tanya. Teruskan bercerita.”

Eheh. ‘Amr ibn Al-Ash ini merupakan salah seorang sahabat nabi. Tetapi pada mulanya, beliau merupakan penentang kuat dakwah nabi dengan menggunakan lidah tajamnya yang berbisa bagi mematikan dakwah nabi Muhammad S.A.W. Tetapi, nak dijadikan ceghita, saat hidayah menyapa hatinya, iaitu setelah berlalunya hari hudaibiyah, beliau bersama Khalid Al-Walid, Uthman ibn Talhah menuju Madinah bagi menyatakan keislamannya. Nabi kita pula menyambut mereka dengan senyuman dan mereka ini diraikan bagai saudara yang dirindukan. Subhanallah.

Seperti yang kita tahu, nabi kita seorang yang sungguh istimewa. Sesiapa yang berada dekat dengan baginda akan berasa diri ini sungguh istimewa kerana dihargai, disayangi oleh baginda.

‘Amr ibn Al-Ash ini juga tidak terlepas dari berperasaan begitu. Beliau merasakan dirinya begitu istimewa. Cara Rasulullah berkata padanya, perlakuaan Rasulullah padanya telah membuatkan beliau merasakan ‘tentu nabi paling menyayangi aku.’

Malah, beliau turut merasakan, dengan bakat lisan yang Allah berikan padanya, sudah tentu atau komfemlah seratus peratus Rasulullah akan lebih menyayanginya! Bakat lisan itu berguna tau untuk berdakwah.

Lalu bagi mendapatkan kepastian, beliau memberanikan diri meminta pengesahan.

“Ya Rasulullah, siapakah yang paling kau cintai?” Rasulullah tersenyum lalu berkata, “Aishah.”

“Maksudku, dari kalangan lelaki,” kata ‘Amr sekali lagi.

“Ayah Aishah,” jawab baginda sambil tersenyum padanya.

“Lalu, siapa lagi?”

“Umar.”

“Lalu, siapa lagi?”

“Uthman.” Dan baginda terus mengukirkan senyuman.

Setelah itu, ‘Amr menghentikan pertanyaan kerana beliau takut namanya akan disebut paling akhir.

Itulah baginda, Rasulullah S.A.W. Baginda sentiasa membuatkan mereka yang dekat padanya merasa istimewa dan dihargai.

Begitulah kita dalam berukhwah. insyaAllah kisah yang pendek di waktu sepertiga malam, mudah-mudahan menjadi motivasi untuk kita agar sentiasa menghargai mereka yang berada di sekeliling kita :D

No comments: