feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Wednesday, May 16, 2012

Cinta high class

 

"

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am:116)

Dan jika kamu mengikuti kebanyakkan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.                                                                                        Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat pembohongan.”(Al-An’am: 116)

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

"

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

4 Ogos 2011

 

cinta high class

Teringat saya akan kata kata Hilal Asyraf di dalam buku, batu-bata kehidupan. Daifnya cinta manusia. Syaitan menghias hias cinta daif itu menjadi agung. Tinggi melangit. Sanggup merentas lautan api kononnya. Mahu merentas neraka bersamakah?

Dan syaitan telah menjadikan indah bagi mereka perbuatan- perbuatan buruk mereka, sehingga mereka menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk. (An-Naml 27:24)

Kita sering ya berkata tentang cinta, berkahwin awal.Kononnya, cinta, kahwin itu adalah segala-galanya yang perlu dicapai dalam hidup ini. Tidak hairanlah, saya sering memerhatikan status status kawan di facebook, yang tiada teman, sibuk mencari teman, sibuk dengan tagline, forever alone. Sunyi. Bosan. Sepi. Cintanya ditolah mentah mentah. Dia kecewa. Berhenti berharap. Pada awalnya, siapa yang menolak cinta? ya, yang menolak cinta dari Allah. Pantaslah kau mudah kecewa.

Saya suka juga mendengar cerita tentang kawan kawan yang sebaya tapi dah berkahwin. Dah ada suami. Hee. Siapa yang tak nak kahwin awal. Tapi kerap merasakan diri belum cukup bersedia menggalas tugas sebagai isteri. Bilik sendiri tak terkemas, bagaimana ya nak kemas rumah sendiri nanti. haha. Kita sering berkata perihal jodoh. Risau akan jodoh yang belum kunjung tiba. Tatkala melihat orang lain bebas berpacaran. Tapi saya tidak mahu menjadi salah satu daripadanya. Kerana saya mahu setia! ya setia pada si dia yang akan datang.

Kita selalu berkata perihal kahwin awal tapi kita lupa ada satu perkara yang paling hampir dengan diri kita. Kematian. Kematian tak menunggu usia. Malah nabi kita sendiri pun ada mengatakan, orang yang paling bijak, ialah orang yang selalu mengingati mati.

Mari muhasabah diri.

 

nota: saya cari buku cinta high class dekat pwtc, tp dah habis :(

No comments: