feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Monday, May 28, 2012

Final exam ini ujian kecil ya

 

Semakin lama saya dekat rumah, semakin besar dugaan saya untuk bukak buku. Oh alasan sungguh!

Final exam semakin rancak memulakan peperangannya. Pejam pejam mata, dah jawab tiga paper. Tepuk tepuk bahu. Sila berbangga dengan diri sendiri. *-*

Tapi ingat, perjuangan belum terhenti disini. Masih ada 3 paper lagi yang menanti.

Dan buat sahabat sahabat yang lemah semangat atau tiba tiba

mengalami kemalasan-keboringan untuk mengulangkaji pelajaran (hehe, sebenarnya sedang refer diri sendiri) mari mari kita pulihkan semangat, kelalkan sinergi ecewahh! 

Walaupun gap untuk ke exam seterusnya lambat lagi, *7 hari lagi kot. eh yeke, sambil kira jari jemari* ayuh kita bangkit dan jangan terus berada dalam zon kemalas malasan!

 

Dari Imam Hassan Al-banna, jika mereka bertanya padamu tentang semangat, katakanlah

bahawa bara api itu masih tersemat dalam dadamu!

bahawa api itu masih bersemayam dalam dirimu!

bahawa matahari itu masih terbit dari hatimu!

bahawa letupan itu siap meledak dalam duniamu!

Katakan itu kepada mereka,

Orang-orang yang ragu akan kemampuanmu.

Kerana mimpimu saat ini

ADALAH KENYATAAN UNTUK ESOK!

 

                                             

exam energy kit

                                     I need this ;p

No comments: