feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Thursday, June 14, 2012

Bersangka baik.

 

Daurah yang saya hadiri baru-baru ini, sangatlah OSEM. Menghadiri majlis ilmu yang dinaungi oleh para malaikat, terasa seperti baru sahaja berdating secara berjemaah dengan mereka –mereka yang cintakan Allah. Eh boleh pakai ya peribahasa baharu seperti ini. Hihi.

Berbunga-bunga hati apabila melakukan aktiviti seharian dengan akhowat tercinta. Perasaannya seperti sudah kenal mereka bertahun lamanya :D

indahnya bersahabat

Majlis bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Walaupun bermula seawal pukul 8 pagi, saya sampai di masjid hampir pukul 9  pagi. Dalam hati,diselubungi rasa bersalah kerana tertidur selepas subuh ;p Rencana untuk menghadiri program pada pukul 8 pagi, berlanjutan ke pukul 9 pagi. Hihi. Mujur kak fiqa masih prihatin, “Tak apa fatin, program belum start lagi. Fatin datang ya.”

Sesungguhnya Allah lah yang menggerakkan hati untuk pergi ke majlis ini. Jika tanpa izin Allah, kaki saya tidak akan melangkah ke program agama seperti ini. Ini juga sebagai bekalan 3 minggu untuk saya bercuti-cuti sakan di rumah tercinta. Opps. Perlu menyediakan bekalan dan peringatan dengan secukupnya kerana bimbang di rumah, iman jatuh merudum sehingga sukar untuk pulih semula setelah pulangnya ke uia untuk menuntut ilmu nanti. Hihi. Untukmendapatkan iman, mengambil masa yang sangat lama tetapi untuk meruntuhkannya mengambil masa yang sangat singkat. 

Saya mahu bercerita tentang perihal bersangka baik yang saya dapat dari program baru-baru ini. Ini kisah di antara seorang pemuda dengan keldai yang amat disayanginya.

keldai

Al-kisah, ada seorang pemuda yang sentiasa bergembira dan melakukan segala aktiviti bersama-sama dengan seekor keldai kesayangannya. Boleh dikatakan, dia amat mencintai keldainya lebih dari segala-galanya dan sanggup bertarung maut semata-mata untuk menyelamatkan keldainya. Ecece. Mungkin kerana itu, dia masih bujang dan tidak berkahwin kerana dia takut tidak mampu membahagiakan isterinya kerana perasaan yang terlalu mendalam terhadap keldainya. 

Pada suatu hari, pemuda ini berjalan-jalan bersama keldainya ke Pasar Tani untuk membeli makanan ruji. Di pertengahan jalan, keldainya terjatuh ke dalam sebuah perigi yang sangat hitam dan sangat DALAM.

perigi

Pemuda itu resah menikirkan cara unutk mengeluarkan keldainya daripada pergi yang dalam itu. Pelbagai cara digunakannya untuk menyelamatkan keldainya.

Akhirnya, keldainya masih tidak dapat diselamatkan. Dia terduduk sendirian mengenangkan nasibnya yang sungguh malang kerana sudah kehilangan keldai. Lama dia terdiam, akhirnya dia sudah berputus asa. Dia mengambil keputusan untuk menguburkan sahaja keldai di dalam perigi itu kerana dia sudah tidak berdaya untuk menyelamatkannya.

Dia nekad mahu menanam sahaja keldainya yang berada di dalam perigi. Dia berfikir, jika dibiarkan sahaja keldai ini, keldai itu pasti akan mati.

Lalu, sambir air mata bercucuran jatuh ke tanah, dia menimbus perigi itu dengan pasir.

Manakala, apabila keldai itu melihat pasir-pasir jatuh ke atasnya, dia mula berasa pelik. “Tuan aku ni, dia hari-hari kata yang dia cintakan aku, kenapa dia nak tanam aku hidup-hidup pulak ni?”

Keldai itu berfikir sejenak, “Eh tak mungkin tuan aku nak bunuh aku. Dia kan sayangkan aku. Dia mesti mahu menyelamatkan aku dari perigi ini.”

Keldai mula membuat keputusan untuk berfikiran positive. Di sebabkan fikirannya yang positive dan sentiasa bersangka baik dengan tuannya, dia berasa sungguh gembira. Apabila pasir itu jatuh ke dalam pergi, dia mula naik sedikit demi sedikit sehinggalah dia berjaya mengeluarkan dirinya daripada perigi yang sungguh dalam itu.

Belum sempat tuannya mahu meletakkan batu nisan di atas kubur keldai itu, dia terperanjat besar apabila melihat keldai itu keluar daripada perigi.

haaa

“Eh bagaimana kamu boleh keluar?” Soal pemuda itu sambil menggaru-garu kepala.

“Eh bukankah tuan mahu selamatkan saya. Saya cuba naik ke atas sedikit demi sedikit kerana tuan telah meletakkan pasir ke dalam perigi ini.” Ujarnya dengan penuh kegembiraan.

Dan akhirnya keldai dan pemuda itu kembali bersatu. Yay!

Pengajaran dari cerita keldai ini, jika kita perhatikan, keldai itu sentiasa bersangka baik dengan tuannya. Walaupun pada mulanya,tuannya berniat mahu tanamkan sahaja keldai itu. Tetapi, di pengakhiran cerita ini, disebabkan perasaan sangka baik itulah, kedua dua makhluk Allah ini bergembira dan mendapat manfaat bersama. Keldai itu berjaya diselamatkan, dan pemuda itu dapat hidup semula bersama keldainya.  Jika kita bersangka baik dengan seseorang, kita akan mudah berurusan dengan dia dan kita akan dapat mencapai manfaat bersama.

Kaitkan kisah ini dalam kehidupan kita. Kadang-kadang kita mudah untuk bersangka buruk dengan orang lain. Pantang dia pandang kita pelik sikit, kita sudah mula mereka-reka pelbagai falsafah untuk menyedapkan hati kononnya. Pantang dia buat salah sikit, kita sungguh mudah untuk berfikiran negative terhadap dirinya.

sangka baik

Sebenarnya, bersangka baik itu mententeramkan jiwa. Bersangka buruk itu, merosakkan hati kita. Kita sudah tentu tidak mahu hati kita rosak kerana hati yang rosak akan sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah kan?

Ubat hati ialah Al-quran. Sungguh banyak nasihat yang Allah berikan kepada kita untuk menempuh kehidupan. Dan dengan membaca Al-quran, kita akan memperoleh ketenangan.

Kalau nak cepat sihat, kena selalu makan ubat hati yakni baca Al-quran.

nasihat 

Wallahu’alam. Peringatan utama untuk diri sendiri yang cukup hina :(

No comments: