feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Tuesday, June 19, 2012

Bila nak kahwin?

 

Kekeke. Gelak dulu. Sebenarnya, saya janji dengan diri sendiri, “Malam ni, aku takkan online!”

Dan nampaknya, mimpi hanya tinggal kenangan. Eh.

Waktu berbuka puasa tadi, saya dengan rajinnya telah menyediakan air teh o panas untuk dihidangkan bersama nasi berlauk ikan keli masak kicap.

Disebabkan saya seorang je yang berpuasa dalam rumah ni, sudah semestinya saya tidak tahu sama ada air yang saya buat ni manis ataupun pahit.

minum

Lantas, tanpa ragu-ragu saya menyuruh adik saya yang bongsu untuk merasmikannya dahulu,

dan jawapan yang saya terima adalah positive dan agak memberansangkan.

Hidang pula dekat mak, “mak manis tak? Angah tak tau apa rasa.”

Mak minum sambil senyum. Manis macam orangnya. Err, okay pujian diterima dengan rendah hati :P

Abah minum sambil tepuk2 belakang,

"Dah besar dah. Bila nak kahwin?”

Okay ini yang tersedak. HAHA.

Ehemm. Perempuan ni bila sebut tentang kahwin, amboi panjang berjela hujahnya. Alim sungguh bab-bab kahwin ni. Macam-macam dalil-dalil dari Al-Quran, dari hadith

SEMUA ADA. Kalau isu kahwin yang dibincangkan, pelbagai fatwa ulama-ulama tidak rasmi dikeluarkan berkenaan cinta. Isu ini memang sentiasa hangat diperkatakan dan boleh

mengalahkan isu Syria yang sedang berkorban berjuang demi akidah mereka. Kisah neelofa pun boleh kalah tahu. Eh. Tak ada kena mengena. Karang, ada orang google neelofa, keluar pulak blog saya. Err tak mahu saya. Ini bukan blog gosip artis yaa! Okay sambung. 

Kebiasaannya, macam-macam yang kita dengar mengenai perihal kahwin atau cinta. Tapi itu bukan apa yang mahu saya ketengahkan. Saya mahu lebih membicarakan mengenai perihal kahwin awal.

Ya, pada anda yang terbaca kandungan blog ini, saya mahu menujukan soalan kepada anda. Kenapa anda mahu berkahwin awal? 

Jawapan yang paling femes yang selalu saya dengar ialah,

“Kahwin ni best! Kahwin ni, dapat jaga pandangan mata sebab kita tahu, kita dah ada seseorang di dalam hati. Kita dah ada yang halal untuk dirindui, boleh jumpa selalu, boleh dating, pendek kata, boleh melakukan segala perkara yang terlarang sewaktu bercouple.”

Ini sahajakah tujuan kita untuk berkahwin awal?

Islam agama yang syumul. Islam merangkumi SEMUA perkara termasuk apabila melibatkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Diharamkannya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tetapi dihalalkannya perkahwinan. Cuma kadang2 kita tersalah memilih. Mengikut nafsu lebih daripada mengikuti Al-Quran dan As-sunnah. Bukankah begitu?

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” Al-Isra’ ayat 32.

Saya rasa ramai yang tahu ayat suci ini. Ayat ini selalu diperkatakan apabila kita mahu mencegah budaya couple yang menjadi kebiasaaan remaja pada hari ini. Allah berfirman dengan mengatakan, “JANGAN MENDEKATI ZINA.” Saya kira ayat ini sudah cukup jelas betapa Allah sangat melarang kita mendekati segala jalan yang membawa kepada zina. Allah tidak berkata, “JANGAN MELAKUKAN ZINA” tetapi Allah mencegah kita untuk tidak mendekati jalan-jalan yang membawa kepada zina. Permulaan zina sudah tentu tidak bermula dengan “jom pergi hotel bajet” tetapi sudah tentu bermula dengan, “Hai awak, boleh kenal?” Atau kalau mahu lebih islamik, “Assalamualaikum muslimah,boleh kita bertaaruf?” Eh. Hihi.

Dan adakah awak-awak yang saya sayangi kerana Allah tahu bahawasanya, selepas ayat 32 di dalam surah Al-Isra’, ayat 33 berbunyi,

“Dan janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan sesuatu alasan yang benar.”

Lihatlah apa akibatnya dari perbuatan zina, mengandung kemudian melahirkan anak luar nikah. Kemudian, membunuh anak itu. Sungguh cantik susunan ayat-ayat suci Allah di dalam Al-Quran. Tidakkah awak merasakan begitu? Allah melarang zina kerana Allah sudah tahu, hasil dari zina sudah tentu akan melahirkan zuriat yang tidak diinginkan. Lalu kerana malu, si ibu sanggup membunuh anaknya sendiri. Nah, Allah melarang sesuatu sudah tentu kerana Dia lebih arif tentang sifat hamba-Nya. Kan?

Berbalik kepada soalan yang pertama, kenapa anda mahu berkahwin awal?

dia terima nikahnya

Saya lebih merasakan, kahwin bukanlah sesuatu yang utama buat masa sekarang tetapi saya tidak menolak andai jodoh saya sampai awal :P Saya bukan tak suka bila berbicara tentang kahwin awal. Cuma kadang-kadang saya kerap terfikir, bagaimana mahu mendidik anak-anak saya nanti. Eh. Macam terlalu jauh kan nak fikir. :P Saya rasa takut mahu membimbing anak-anak saya. Merasakan diri belum cukup bersedia menggalas tugas sebagai isteri dan ibu menyebabkan saya kurang mengimpikan perkahwinan di usia yang muda. Apatah lagi, zaman kampus adalah zaman kita memperoleh sebanyak mungkin pengalaman untuk membina jati diri yang kukuh.  Ececece. Kalau kita menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak2, bagaimana anak2 mahu menjadi baik. kan?

anak ayah

Untuk itu, saya lebih memilih untuk memperbaiki setiap kekurangan diri dengan bermunajat kepada Dia, meminta tolong kepada akhowat untuk menegur salah dan silap saya. Saya perlu bersedia kerana saya tidak tahu siapa, bila, bagaimana jodoh yang sudah Allah tetapkan untuk saya.

Saya percaya, perkahwinan bukanlah untuk nampak sweet semata-mata, posing gambar bersama dan sebarkannya di alam maya, tapi perkahwinan pada saya lebih daripada itu. Berkahwin itu mudah, cukup syarat rukunnnya, (Suami, isteri, wali, kadi, dan saksi) sah perkahwinannya. Majlis akad nikah, majlis dan lain2 boleh berlangsung dalam masa sehari. Mudah kan? Berbeza pula dengan hal rumah tangga, siapa yang mahu berumah tangga sehari sahaja? Sudah tentu kita mengimpikan perkahwinan sehingga ke syurga? Takkan mahu sampai anak cucu sahaja bukan?

Ini bagi pandangan saya. Tetapi, saya tidak melarang jika ada kawan-kawan yang mahu berkahwin awal. Jika sudah mampu menguruskan diri sendiri, sudah tentu anda mampu menguruskan rumah tangga anda kelak. Tetapi, jika anda tidak mampu, berpuasalah. Ini bersesuaian dengan hadith nabi,

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a., Ia menyatakan, “Kami bersama Nabi s.a.w. sebagai pemuda yang tidak mempunyai sesuatu, lalu Baginda bersabda kepada kami;

‘Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, (no. 5066))

“Tiga orang yang pasti Allah tolong adalah: Budak (hamba) yang ingin membebaskan (memerdekakan) dirinya, Lelaki yang menikah kerana ingin menjaga kesucian dirinya, dan pejuang di jalan Allah.” (Hadis bertaraf Hasan diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 1655), an-Nasaa’i (6/61))

Dan kepada rakan-rakan yang mahu berkahwin awal, saya tahu niat anda suci murni. Saya tahu anda mahu menjaga diri. Tetapi jika ibu dan ayah tidak mengizinkan, janganlah mengambil jalan singkat dengan berkahwin lari di Siam. Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa. Jangan anda kecewakan ibu dan bapa anda. Ewahh. Dah boleh jadi motivator ya malam ni :P

Akhir kata, daripada kita terlalu memikirkan soal jodoh yang tak kunjung tiba, mari kita berusaha memperbaiki setiap kekurangan diri, mari kita berusaha menjaga diri, berbakti kepada ibu dan ayah, keluarga, masyarakat dan negara. Ewahhh. 

Orang yang paling dicintai Allah Ta’ala adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. Amal yang paling dicintai Allah Azza wa Jalla adalah memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim, menghilangkan kesulitannya, melunasi hutangnya, atau mengusir rasa laparnya.” (HR. Thabrani)

Wallahu’alam. Saya pun mahu memperbaiki diri. Dan peringatan ini sudah tentu untuk diri saya sendiri kerana suatu pada masa dahulu, saya suka juga berbicara tentang cinta :P

Dan juga buat awak-awak yang saya sayangi kerana Allah. Mudah-mudahan Allah redha apa yang saya sampaikan. Dan mudah-mudahan ada ibrahnya untuk semua.

da'wa

Mari saling mengingati.

4 comments:

Umairah. said...

salam'alayk.

baca entri nie, terus buat kasih sayang akak pd fatin bertambah, subhanallah.

sayang fatin kerana Allah.
XD

terima kasih untuk post dari hati yg nak mengajak ke arah kebaikan nie. akak tersentuh,

keep it up, adikku.
jiayou- :)

ps: fatin amek short sem? heh

Fatin Umira said...

wkmslam. kak umai, ala malunya akak baca. ^^ ayat dr Al-quran tu, ambil dr daurah yg akak smpaikan hari tu :P

Aah, fatin amik s.sem. kak fiqa, kak farhana, kak fai suruh amik. hihi ^^. tp bila fikir balik, x boleh cuti lama2 dkt rumah. nikmat sgt. xsabar nk balik uia. (^_^)

syg akak kerana Allah :D

Zamri Khaled said...

Kalau ada jodoh kita kahwin

Fatin Umira said...

Ya, tp jgn jadikan jodoh tu sesuatu yg utama yang perlu kita capai. Fokuskan jugak pada kerja dakwah dan berbakti pada ibu bapa dan masyarakat. :)