feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Tuesday, June 19, 2012

Result.

 

Dengar khabar, esok result keluar. Jadi, mari buat tak tahu. Eh tak, mari ambil tahu.

Kalau ada rezeki dapat dean’s list,

alhamdulilllah

 

all praise to Allah

 

Kalau tak dapat dean’s list, jangan bersedih,

life is a test

Muhasabah semula. Kenapa kita menuntut ilmu pengetahuan? Adakah untuk dean’s list semata? Adakah kerana Allah?

Kadang-kadang, kita merasakan kita sudah usaha sebaik mungkin. Dah usaha sungguh-sungguh dah.  Esok exam, hari ni tidur pukul 5 pagi. Study dari isyak tanpa henti. Kenapa tak dapat dean’s list lagi ni? Compare pulak dengan orang lain. Ada yang study main-main, makan tidur makan tidur, tengok-tengok result 4flat. Perghhh.

Sabar sabar. Saya teringat guru saya pernah menasihati saya. Pada waktu itu, saya mendapat gred b dalam mata pelajaran sejarah. Dan saya ni memang mempunyai sejenis perangai-mengada-ngada di mana, kalau result teruk, mata mula merah-merah, badan terasa lemah, dunia terasa gelap tidak bercahaya. :P Melihat keadaan saya yang tidak terurus, cikgu Harlina merangkap guru sejarah saya, memandang anak mata saya sambil berkata.

“Cuba tanya diri Fatin, ada tak hak2 orang lain yang Fatin tak sempurna kan? Ada tak melukakan hati orang lain? Ada tak buat hati mak ayah tersinggung? Sebab kadang2, Allah uji kita dengan perkara-perkara macam ni, untuk kita muhasabah diri.”

Saya terdiam. Waktu itu saya masih di tingkatan 3. Subjek sejarah merupakan subjek kegemaran saya dan saya agak terkilan jika saya tidak berjaya memperoleh gred a pada waktu itu. Lantas saya memuhasabah diri. Mintak maaf dengan semua rakan2 kerana kadang2 tanpa kita sedari gurauan kita ada yang melukakan hati. Mintak maaf dengan mak dan abah, mungkin kerana sibuk mengulangkaji pelajaran, saya terlupa menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang anak. Tidak meluangkan masa untuk menolong mereka. Mungkin kan?

tanagn

Untuk esok, apa jua keputusan yang keluar, saya berharap, saya-awak-kita semua boleh menerima dengan hati yang terbuka. Kita percaya pada rukun iman kan? rukun iman yang keenam ialah percaya kepada qada’ dan qadar. Yakinlah pada ketetapan Allah.

Dan jika awak mendapat dean’s list, tahniah saya ucapkan. Semoga ilmu yang kita pelajari diberkati Allah di dunia dan di akhirat.

perjalanan

Perjalanan saya masih panjang. Walau apa pun yang terjadi esok, teruskanlah perjalanan.

 

Err, betul ke entah esok result keluar. Entah. Saya pun tak tahu. Hihi :P

4 comments:

shahirashaharin said...

good luck atin, saya takut. sekian :'(

Fatin Umira said...

Shi, fatin pun takut. haha. banyak kali ckp dkt diri sendiri, apa2 jd esok, kena redha. Huhu. Entahlah. gdluck jgak shi :)

RidwanaAbdullah said...

Alla the best fatin ! ;)

Fatin Umira said...

Terima kasih wana :D