feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Wednesday, July 25, 2012

Motif hidup.

 

Assalamualaikum.

Saya teringat dulu sewaktu saya mula mengenal tarbiyah di pusat asasi, saya pernah ditanya oleh murabbi (pendidik) tentang tujuan belajar dekat uia. Dan jawapan saya adalah jawapan typical budak-budak yang baru nak matang.

e-4

“Nak belajar sungguh-sungguh, nak kejar pointer, nak kejar dean’s list, nak masuk degree,” Lepastu, nak bagi ayat tu panjang sikit saya tambah, “bila dah berjaya nanti, boleh bantu ekonomi orang islam” Heh. Itu je la jawapan yang saya boleh bagi. Selain tu, kalau nak bagi jawapan yang diluar kotak pemikiran, itu memang di luar bidang kuasa saya la. Eh. Sedangkan jawapan yang diberikan oleh murabbi saya pendek sahaja. kenapa nak masuk uia? Nak cari redha Allah. Besar maknanya bagi sesiapa yang merasakan ada tanggungjawab gedebuk di bahu selepas mengakui tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dulu, mungkin saya kurang arif atas sebab apa saya diciptakan atas bumi Allah ini. Mungkin hanya tahu teori penciptaan manusia tapi tak reti nak apply dalam kehidupan sendiri. Alhamdulillah, Allah campak belajar dekat uia. Kenal usrah dekat uia, kenal talaqqi dekat uia, kenal tadabur ayat al-quran pun dekat uia dan mula beli tafsir al-quran pun dekat uia! Dulu baca al-quran, main aci redah je nak khatam cepat-cepat lepastu tak faham satu apa. Sekarang baru tahu kepentingan baca al-quran beserta dengan makna.

alquran

Teringat kata-kata kak umairah dalam tazkirahnya semalam, Al-quran itu sebagai panduan untuk hidup di bumi Allah. Kalau kita beli handphone baru pun, kita sudah tentu akan dibekalkan dengan manual atau buku panduan bagi memudahkan kita untuk explore setiap aplikasi yang ada dalam handphone itu. Begitu jugalah dengan kehidupan. Allah dah bagi manual yakni Al-quran. Dan dengan Al-quran lah cara terbaik bagi kita memandu hidup kita. Kalau kita tadabur ayat-ayat suci al-quran, kita akan dapati, banyak sangat panduan yang Allah dah bagi. Nak pilih makanan pun, Allah dah siap bagi panduan. Allah suruh pilih makanan yang baik-baik dan yang halal. Jangan minum arak, jangan makan bangkai. Jalan dan petunjuk dah terbentang luas, tinggal nak pilih sama ada nak ikut kalam Allah atau mengingkarinya.

 jalan

Allah bagi dua jalan je, jalan kejahatan atau jalan ketaqwaan. Pilih dua jalan ni je. Allah tak bekalkan pula jalan tengah. Ikut islam separuh-paruh. Nak sembahyang tapi tak nak tutup aurat. Acane tu? 

Saya suka petikan kata-kata hlovate dalam buku contengan jalanan ini.

Kalau mati sekarang sebelum habiskan degree, adakah cukup untuk buat diri rasa terkilan? Entah. Masuk kubur nanti bukannya jawab soalan berdasarkan degree pun. Tak ke macam tu?

Kalau mati sekarang sebelum sempat nak bina kerjaya, adakah buat diri ini rasa kerugian? Entah. apabila dah dalam kubur, duit dan pangkat bukan bawa apa-apa makna.

Kalau mati sekarang belum sempat kahwin , adakah akan buat diri ini berputih mata? Entah. Kalau dah kahwin sekali pun, nanti dalam kubur pun tetap sorang-sorang jugak.

–Hlovate.

 

Dulu, kalau bercakap soal hari kiamat, saya selalu berkata, “Kalau kiamat tahun 2012, tak sempatlah aku nak kerja pangkat tinggi, nak kahwin, nak ada anak-anak yang comel-comel, nak beli rumah banglo 4 tingkat, nak pakai kereta mewah, bla bla bla.” Tapi kalaulah itu sahaja matlamat yang saya nak capai dalam hidup ini, ke mana sangatlah benda tu boleh bawak saya pun? Adakah apabila saya memiliki semua kemewahan dunia, saya boleh merasakan hidup tenang setenangnya? Adakah dengan memilki semua yang saya mahu, saya boleh merasakan hidup saya sudah lengkap selengkapnya?

Entah apa je yang saya fikirkan dahulu. Dunia ni terlalu banyak tempat pesinggahan sehingga kadang-kadang terlupa ke mana arah tujuan. Terlalu banyak yang saya nak capai dalam hidup sehingga saya hampir terlupa destinasi utama saya yang pasti iaitu perjalanan menuju Tuhan.

Life is a journey. From Allah and to Allah.

Jadi, saya ingin mengajak awak-kamu-kita semua supaya muhasabah diri tentang kenapa kita dihidupkan di atas muka bumi ini. Sudah tentu Allah tidak menciptakan kita dengan sia-sia kan? Sudah tentu ada misi yang Allah nak suruh kita lakukan kan? Menjadi khalifah di muka bumi, memimpin diri dan kawan-kawan ke arah kebaikan, memakmurkan bumi dengan syariat Islam. Kenapa Islam kena bangkit? Sebab apabila Islam berada di atas, bersatu hati kerana Allah, orang takkan mudah nak tindas kita. Tapi sekarang? Kita lihat sendiri apa yang terjadi dengan saudara kita di palestin, di syiria, di myanmar, mereka semua ditindas. Nabi sendiri pernah mengatakan, umat di akhir zaman ini ramai tapi hanya seperti buih-buih di lautan. Sedih kan apabila nabi cakap kita macam tu? Sebab apa kita jadi macam tu? Nabi jawab sebab kita kebanyakkannya takutkan kematian dan cintakan keduniaan.

Kita takut nanti bila mati, tak sempat nak kejar harta, tak sempat nak kejar dunia. Sedangkan, yang beri harta itu Allah juga, yang pinjamkan harta itu Allah juga. Apabila kita dikembalikan kepada Allah, bukan kita boleh bawak bersama harta dan pangkat kita pun dalam kubur pun. Ye dak?

 

hidup bukan utk kehidupan

Ah sebenarnya diri ini pun bukannya sempurna sangat. Masih belajar mencari erti hidup. Masih belajar mengenal Tuhan. Tapi alhamdulillah, Allah buka kan pintu hati untuk kenal Dia sebelum nyawa tercabut. Dan kawan-kawan, bantulah saya :(

Ya Allah, janganlah kau pesongkan hati kami setelah kau memberi petunjuk dan hidayah ke dalam hati kami.

Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira. –Hlovate

Hidup itu untuk ahkirat. Dan dunia ini hanyalah persinggahan, jambatan untuk ke akhirat. Semoga Allah mudahkan.

cantik

Petang ni, ada program law kana bai nana di adm lt 1. Jom pergi akhawat! :)

No comments: