feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Friday, July 27, 2012

Bukan marah, nasihat.

 

Assalamualaikum.

Bukan marah, nasihat. Sedutan dari filem P.Ramlee. Tapi tajuk filemnya, saya lupa :p

Semalam, eh tak kemarin kot, rakan saya ada menceritakan tentang beberapa orang sahabatnya yang jenis suka menyindir, mengherdik orang yang tidak mahu memakai tudung. Sindirannya bukan jenis sindiran yang biasa-biasa sahaja. Tapi ekstrim juga. Terkedu saya mendengarnya. Gelaran yang diberikan kepada orang yang tidak mahu memakai tudung ialah seperti, “Kau ni golongan ahli neraka. Nanti dalam kubur kena seksa, dan macam-macam lagi. Saya pun tak ingat semua gelaran-gelaran dasyat yang mereka berikan ni. Sebenarnya, paling terkesan di hati saya, apabila mereka mengatakan, “kau ni golongan ahli neraka.”

Dan akal saya mula berfikir, agaknya mereka yang dengan sewenangnya-wenangnya mengatakan sesetengah orang ni ahli neraka, adakah mereka ini ahli-ahli yang akan mewarisi syurga? Kalau pun begitu, beginikah perangai ahli-ahli syurga? Beginikah tutur katanya? Nabi sendiri pun tak pernah mengherdik orang dengan gelaran seperti ini sebaliknya nabi yang sering diherdik apabila mahu menyebarkan risalah islam. Bukan tak boleh nak tegur orang. Tapi tegur dan berdakwahlah dengan cara yang berhemah. Kalau herdik dengan kata-kata yang kesat seperti ini, agak-agak bolehkah orang berlembut hati mahu mendengar dan berlapang dada mendengar nasihat kita?

 “Dakwah ini sebenarnya tentang sentuhan hati. Kalau tak ada sentuhan dan tautan hati antara kita dengan orang tu, macam mana orang tu nak terima nasihat kita.”

hijab baby

“Tapi, kawan-kawan saya yang dulu tak pakai tudung dan sekarang dah pakai tudung, mereka dah jadi baik. Baik sangat. Lebih baik daripada saya.”

Sebab tulah kita tak boleh nak menghina orang meskipun apa yang dia buat tu ialah sesuatu perbuatan yang kita tak suka. Sebab kita tak tahu, bila saat, hidayah menyapa hati dia dan dia mula berubah menjadi sesorang yang lebih baik dari kita. Kita pun tak boleh nak bagi jaminan bahawasanya, iman yang kita peroleh di saat ini, boleh berkekalan atau tak. Iman tu kan sifatnya berubah-ubah. Kadang-kadang bila iman kita tinggi menggunung, kita akan jadi rajin sangat. Solat sunat rawatib 12 rakaat tak pernah tinggal, baca al-quran 2 juzuk sehari, dengan pulun hafazan lagi. Tapi bila iman kita jatuh merudum, jangan kan solat sunat rawatib, nak buat solat fardhu pun bukan main liat lagi.

IMAN

Tapi dengan keadaan iman kita yang berubah-ubah, apa yang kita boleh buat? Kita boleh berusaha kan. Berusaha mendekati majlis-majlis ilmu, usrah jangan tinggal dan janganlah tinggalkan sahabat-sahabat yang baik sebab di saat kita terbuat benda lagha, kalau tak ada sahabat yang nak tolong ingatkan, memang la haru hidup kita. Saya sangat menghargai bila ada kawan-kawan saya perli bila saya sedang melakukan benda lagha. Contohnya, tengok drama korea ke? Hehe. Sebab manalah tahu, teguran yang kita terima daripada kawan itu,boleh jadi teguran daripada Allah. Kan? Baru kawan tegur, dah nak marah. Kalau benda tu benda yang betul, buat apa nak marah sangat. Berlapang dada la kan. Nak berlapang dada memang susah. Apa lagi kalau yang tukang bagi nasihat tu, orangnya pun sama je. Hantu jugak tengok cerita korea :p

Sebenarnya, apa yang penting, apabila ditegur oleh seseorang, jangan ditengok siapa orang itu, tengok lah apa jenis teguran yang dia berikan. Macam saya cakap, kita tak tahu kan, entah-entah dia dapat ilham nak tegur kita sebab ilham tu datangnya dari Allah. Kan? Optimis dan positive.

 

think posotive'

Mari saya bercerita tentang kisah nabi kesayangan kita, nabi muhammad s.a.w. (Rasulullah, aku sgt rindu padamu. Membaca kisah mu membuatkan aku malu dengan diriku kerana aku mengaku engkau pesuruh Allah, kau nabi ikutan, aku umatmu, tetapi diri aku masih jauh dari sifat-sifat tauladan yang engkau tunjukkan.)

Lihatlah bagaimana Rasulullah menerima teguran. Pada suatu hari, ridaknya ditarik dengan kasar oleh seorang arab sehingga merah lehernya. Orang Arab itu meminta hutang  sedangkan tarikh kutipan hutang belum tiba. Sayidina Umar  al-Khattab yang ketika itu berada disisi Rasulullah, lantas menghunuskan pedang dan memarahi lelaki itu kerana berkasar terhadap Rasulullah.

Rasulullah bersabda,

“Wahai Umar, sepatutnya engkau menegur aku supaya aku segera membayar hutangnya, dan kau menegur dia supaya dia meminta hutangnya dengan cara yang baik.”

Tidak cukup dengan itu, Rasululllah  menambah bayaran hutangnya kepada lelaki Arab itu. Sabda baginda, “Ini untuk kekasaran Umar tadi.” Subhanallah! Lihatlah bagaimana Rasulullah menerima teguran orang yang berkasar dengan beliau sedangkan baginda berada di pihak yang benar. Tarikh kutipan hutang belum pun tiba, tetapi lelaki Arab itu sudah meminta, sudahlah begitu malah dia turut mengasari nabi.

Kalau kita lihat rentetan peristiwa ini, baginda dan sahabatnya juga orang biasa, malah lebih menderita daripada orang biasa. Baginda juga ada berhutang. Abu Bakar dan Umar dahulunya merupakan orang kaya Mekah. Setelah mereka memeluk agama Islam mereka telah mendermakan harta mereka untuk mengembangkan Islam. Itulah perjuangan baginda dan para sahabat dalam menyebarkan Islam. Jika tidak dari pengorbanan baginda dan para sahabat, mustahil Islam boleh sampai kepada kita sehingga ke hari ini.

Lihat pula kisah Umar Al-Khattab sewaktu beliau menjadi khalifah. Ada seorang peminum arak yang menegur kesilapannya, lalu dia menerima teguran itu. Orang yang melihat Sayidina Umar bersifat demikian merasa pelik lalu bertanya,

“Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima tegurannya sedangkan dia seorang peminum arak?'”

Sayidina Umar berkata, “Ya,  dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya terhadap aku adalah benar.”

Agak-agak kalau kita di tempat Umar, boleh tak kita nak menerima teguran itu? Err.

nasihat

Mereka yang mampu berlapang dada dalam menerima teguran daripada orang lain, adalah mereka yang merendahkan egonya di tahap yang paling rendah. Siapalah kita untuk merasa bangga dengan diri kita meskipun kita merasakan diri kita lebih baik dari orang yang memberikan teguran itu. Kalau teguran yang diberikan itu teguran yang baik,dan memang kena pun dengan  diri kita,apa kata kita cuba renung-renungkan teguran itu. Mungkin ada benarnya, ye dak? 

Yang paling penting, lihatlah teguran yang diberikan bukan orang yang memberikan teguran. Sentiasa berbaik sangka dengan orang lain. ^^ Setiap kali kita pandang orang, tak kisah la luaran dia macam mana sekalipun, pandanglah dia dengan pandangan yang merasakan, dia lebih baik dari kita. Mungkin amal yang dia lakukan, lebih banyak yang ikhlas berbanding kita. Allah kan tak tengok betapa banyaknya amalan kita. Sebaliknya, Allah melihat,betapa ikhlasnya kita dalam melakukan sesuatu amal itu.

“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang LEBIH BAIK amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun” Al-Mulk ayat 2.

Sempena Ramadhan, jom buat turning point. Kalau dulu, susah nak terima nasihat, sekarang ni, banyakkan lah berlapang dada menerima nasihat. ^^

Dan bukan setakat menerima nasihat, marilah kita memberi nasihat. Give and take. Disamping menasihati diri kita, sebarkanlah juga untuk kebaikan orang lain bersama. Kita nak sama-sama jadi baik kan. Saya pun. Jom jom!

“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman” (Surah Azzariyat: 57)
Dan firman-Nya lagi:

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan
kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.(Surah Al-Asr: 1-3)

 

 

Kak Ummi: Ya Allah, Fatin baru 20 tahun? Fatin manfaatkanlah waktu muda Fatin. Nanti Allah akan tanya, apa yang Fatin buat untuk Islam sewaktu Fatin muda.

Dan, seketika selepas itu, saya menangis. Ya Allah, apa je yang aku dah sumbangkan untuk Islam. *crying*

3 comments:

Ckin Kembaq said...

sy suka entri ni.. =)

p/s: salam ziarah dari Ckin Kembaq. =)

Unknown said...

em macam mana yg menegur tu lelaki. macam lelaki tegur perempuan? bukan ke itu memalukan perempuan itu jika perempuan itu bersama kawannya?

Awan said...

Boleh tegur. Tapi dengan cara yang paling berhikmah. Bukan dengan menyindir dan memalukan depan orang ramai. Wallahualam.