feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Monday, July 30, 2012

Diseksa kerana melakukannya bukan kerana Allah.

 

Assalamualaikum.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Buku yang berjudul ‘Kisah dari hadis’ itu berjaya saya khatamkan. Dekat berapa hari entah saya peruntukkan untuk baca buku cerita ni semata-mata. Cover depannya menarik perhatian saya. Ada gambar kartun :p Kalau di ikutkan, ini buku cerita versi kanak-kanak. Kisah-kisah sahih dari hadis Rasulullah S.A.W. Jalan cerita yang diolah pun, memang stlye kanak-kanak habis. Siap ada gambar kartun lagi untuk memudahkan pemahaman kanak-kanak. Molek sungguh. Sesuai la dengan diri sendiri yang dah memang macam kanak-kanak pun :p

comel3

        Motif letak gambar ni? Entah, saya pun tak tau. Konon-konon nak perasan comel macam budak ni la ni kot. Eh. Perasan.

Mari kita baca kisah yang diceritakan dari Abu Hurairah ini. Semoga ada ibrah. InsyaAllah.

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan” 96:1

Pada suatu hari, seorang bernama Uqbah bin Muslim masuk ke Kota Madinah. Ia melihat sekumpulan orang ramai. Lalu Uqbah bertanya salah seorang di situ: “Siapakah yang anda kerumuni ini?

Orang itu menjawab: “Abu Hurairah, sahabat Rasulullah.”

Sebentar kemudian orang ramai pun bersurai dan tempat itu menjadi sunyi. Uqbah bertanya kepada Abu Hurairah, “Demi Allah, ceritakan kepadaku hadis yang engkau dengar dan engkau ingat yang disampaikan oleh Rasulullah.”

Abu Hurairah menjawab: “Duduklah, aku akan ceritakan hadis yang aku dengar secara langsung daripada Rasulullah dan ketika itu tidak ada orang lain yang mendengarnya. Aku seorang sahaja yang mendengarnya.”

Abu Hurairah menarik nafas panjang lalu ia pengsan. Kemudian setelah ia sedar kembali, ia mengusap-usap mukanya dan berkata lagi, “Aku akan ceritakan hadis yang aku dengar langsung daripada Rasulullah dan ketika itu tidak ada orang lain yang mendengarnya. Aku seorang sahaja yang mendengarnya.”

Abu Hurairah pengsan pada kali kedua. Seketika Abu Hurairah berkata semula. Ia mengusap-usap mukanya dan berkata lagi:

“Aku akan ceritakan kepada kamu satu hadis Rasulullah,” katanya dan ia menarik nafas panjang lalu pengsan lagi. Kali ini agak lama juga ia pengsan. Uqbah agak cemas dan menunggu Abu Hurairah sedar semula. Agak lama kemudian barulah Abu Hurairah sedar. Ia menatap muka Uqbah dan berkata berhati-hati serta lambat-lambat dan tegas.

Kata Abu Hurairah, “Nabi Muhammad telah bersabda bahawa pada hari qiamat Allah akan menghukum semua umat. Orang yang pertama dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, dan selepas itu orang yang mati di jalan Allah iaitu orang yang mati fisabilillah,dan yang ketiga ialah orang kaya.

“Allah akan bertanya kepada orang yang menghafal Al-Quran,'Tidakkah Aku telah mengajarkan kepada kamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku?’

“Jawab orang yang pandai baca Al-Quran,'Benar ya Tuhanku.’

“Tuhan bertanya lagi,' Apa yang telah kau buat terhadap apa yang telah Aku ketahui itu?’

“Jawab orang itu,' Saya telah mempelajarinya pada waktu malam dan mengamalkannya pada waktu siang.’

“Allah berkata dan malaikat juga berkata: ‘Kamu dusta. Kamu hanya ingin dikenali sebagai seorang pembaca Al-Quran dan ingin mendapat sanjungan sebagai seorang qari.’

“Allah kemudian memanggil orang mati syahid. Allah berkata: ‘Kenapa kamu terbunuh?’

“Orang itu menjawab,' Saya berperang kerana Allah.’

“Allah dan malaikat menjawab,' Kamu dusta. Kamu hanya ingin disebut sebagai pahlawan dan orang yang gagah berani. Kamu sudah pun disebut-sebut orang begitu.’

“Allah memanggil orang kaya: ‘Apa yang telah kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepada kamu?’

“Orang yang kaya menjawab: ‘Saya telah menggunakannya untuk membantu keluarga saya dan saya sedekah.’

“Allah dan malaikat berkata: ‘Kamu berdusta. Kamu ingin disebut-sebut sebagai dermawan. Kamu telah pun disebut-sebut sebagai dermawan.’

Abu Hurairah memandang muka Uqbah dan berkata: “Nabi Muhammad menepuk-nepuk pahaku dan berkata, : ‘Hai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itulah yang pertama-tama dibakar di dalam api neraka pada hari kiamat.”

Begitulah kisah orang yang membuat sesuatu kerana hendakkan nama dan bukan kerana Allah. Sia-sialah orang itu kerana ia lebih mementingkan dirinya dan mementingkan sanjungan orang ramai.

Sumber: 15 Tanhibul Ghafilin.

 

Hmm, dah tu, acane nak jadi ikhlas ye? Macam mana nak buat sesuatu tu sebab Allah semata-mata? Boleh ke tinggalkan sesuatu perkara kebaikan tu sebab takut-takut nanti kalau kita buat, kita jadi riak pulak? Allah tak suka kita riak kan? Acane tu? 

 

biar Allah yg menilai

Ikhlas itu bukan kita yang ukur, tapi Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana itu la petanda kita riak dengan Allah sebenarnya. To be continued… (Kalau tulis panjang-panjang, takut orang penat baca dan mesej tu tak sampai :p) hehe. Nanti saya sambung. Semoga Allah redha. Itu yang paling utama :)

Selamat berpuasa!

2 comments:

Enchek Kamen said...

penah dengar cerita ni dari sorang ustaz. ustaz tu cakap hebatnya manusia sebab boleh tipu malaikat pencatat amalan. Maksudnya ikhlas itu Allah saja yang tau. Ikhlaskan hati~~ ^^

Fatin Umira said...

Ikhlas tu hanya Allah yang tahu. Tapi kita sebagai hamba kena mujahadah sungguh2 supaya setiap amalan kebaikan yang kita buat tu hanyalah untuk meraih redha Allah. Wallahualam :)