feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Saturday, August 11, 2012

Takut la nak berubah, nanti macam tak ikhlas je. Eh.

 

Assalamualaikum.

Kita selalu takut nak berubah. Takut nak buat benda baik. Takut nak jadi ‘alim’ sangat. Nanti orang cakap kita extreme pulak. Bila part nak berubah je, macam-macam alasan yang kita boleh create.Tapi bila buat benda jahat, benda yang tak ikut syariat Islam tak takut pulak. Tak rasa gentar pulak dalam hati ni. Seolah-olah, neraka dan azab seksa yang Allah ceritakan dalam Al-Quran tu macam kisah dongengan semata-mata. Kan?

awannn

 Ala, nanti dah sampai seru, aku bartaubat la. Allah kan Maha pengampun?

Ya, memang Allah tu Maha pengampun Maha penyayang. Allah sangat kasih kepada hambaNya. Tapi tahukah kita bahawasanya, Allah juga boleh murka? Tak percaya?

Mari kita selusuri kisah hidup Firaun sewaktu masa dahulu.Firaun ni, masa dia hampir nak tenggelam baru dia nak mengucap kalimah syahadah tapi Allah dah tak terima pengakuan dia. Allah dah murka dekat dia.Ha, jangan main-main. Kita nak jadi macam firaun ke? Dah nak dicabut nyawa baru nak bertaubat? Eh kejab. Siapa Firaun? Kalau berbicara tentang Firaun, semua orang tahu siapa sebenarnya lelaki ini. Firaun ialah orang yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kalau nak tengok contoh firaun sekarang, tengok je la apa yang berlaku dekat Syria. Si Basyir Assad tu. Sebijik macam Firaun malah mungkin lebih teruk lagi dari Firaun. Huh.

Firaun ni seorang yang angkuh dan angkuhnya jauh menlangkaui angkuh Iblis. Sehingga ada yang menceritakan, iblis datang bertemu dengan Firaun dan menyatakan penghormatannya kepada Firaun dengan berkata,

“Wahai Firaun, aku kagum dengan kamu. Hatta aku pun tidak berani mengaku aku adalah Tuhan.”

Dan lihatlah apa balasan ke atas keangkuhannya? Firaun telah mati lemas dan Allah aibkan dia di dunia dan dia akan mendapat azab yang pedih di akhirat. Mayat Firaun masih utuh sehingga sekarang dan sesungguhnya Allah telah berkata di dalam Al-Quran.

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu (Firaun) supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Baca sini untuk kisah lanjut tentang Firaun. Kisah Firaun ini juga salah satu kisah yang membuktikan kewujudan Allah sehingga doktor yang sangat terkenal iaitu Prof. Dr. Maurice Bucaille telah memeluk agama Islam disebabkan kisah Firaun ini. ^^ Subhanallah.

Sungguh ayat-ayat Allah adalah benar dan tiada dusta. Mayat Firaun masih utuh sehingga sekarang supaya kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran. Banyak lagi kisah-kisah umat terdahulu yang Allah telah musnahkan dan masih terdapat lagi tanda-tandanya di atas muka bumi. Umat terdahulu, jika mereka ingkar, sombong dan tidak mahu menyembah Allah, balasan Allah tu on the spot je kena. Tak ada delay-delay.

Tapi kita umat Nabi Muhammad S.A.W telah diberikan pengecualian. Allah tidak menghapuskan kita sekali gus seperti kaum-kaum terdahulu. Rasulullah dengan penuh kasih sayang telah meminta kepada Allah untuk menunda azab kita pada hari kiamat. Justeru Allah sekadar menghantar beberapa bencana sebagai peringatan seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya kepada kita supaya kita ingat siapa kita sebenarnya dan siapa pencipta kita. Tetapi kebanyakkan dari kita lupa. Lupa pada Dia. Lupa bahawasanya apa-apa sahaja yang kita buat di dunia ini akan dihitung oleh Allah. Lupa keseronokkan yang kita peroleh semua ini tak kekal. Lupa yang suatu hari nanti, kita semua akan kembali kepada Allah.

awann] 

Eh saya sebenarnya nak cakap tentang ikhlas. Dah jauh terbabas ke kisah Firaun. Hihi. Tak apa la kan. Boleh juga diambil sebagai pengajaran.

Sebenarnya, kalau kita bercakap mengenai ikhlas, semua orang tahu yang ikhlas ni lebih dekat dengan hati kan, tentang nawaitu dan dia tak mengharapkan balasan di atas kebaikan yang dia buat. Dan sesungguhnya Ikhlas ni sesuatu yang berada dalam hati kita yang perlu dipupuk, disemai, dibaja dalam diri. Tipulah kalau kita boleh jadi ikhlas dalam sekelip mata. Cakap je nak ikhlas, jeng jeng jeng, terus jadi ikhlas. Tipu sangat tu. Entahlah. Kadang-kadang bila kita buat sesuatu benda yang baik,lepas tu ada pulak orang yang puji. Aduh,kita pulak jenis spesis yang macam lalang ni,(tak tetap pendirian) mula-mula niat lillahitaala, lepas tu terus timbul riak perlahan-lahan dalam diri dek kerana pujian itu. Nauzubillahiminzalik.

DSC_1981

Tapi, bolehkah kita meninggalkan sesuatu kebaikan itu semata-mata takut kalau-kalau kita tak ikhlas? Takut-takut kalau kita buat, nanti akan jadi riak pulak. Dan kita dengan konfiden membuat keputusan untuk meninggalkan sesuatu perkara kebaikan itu sebab kita fikir,

“Eh tak nak lah buat baik depan dia. Nanti timbul riak pulak.Allah tak suka riak-riak ni. ”

Sebagai contoh, pada suatu hari tu,kita masuk dalam masjid dan kita tergerak hati nak baca Al-quran dalam masjid. Tapi, ada la jugak beberapa kawan sekelas yang dah sememangnya ada dalam masjid. Lepas tu, mereka ni tengah sembang-sembang kosong. Kita pula, daripada niat nak baca Al-quran terus tak jadi. Ala, malu la pulak kalau kawan-kawan nampak kita baca Al-quran dalam masjid. Jarang-jarang nak baca Al-Quran dan tiba-tiba aje nak baca Al-Quran. Baca dalam masjid pulak tu. Bukannya tak boleh baca dekat bilik. Hehe. Nanti kawan-kawan cakap apa. Nanti jadi riak pulak. Heh. Tak jadi laa baca al-quran.

biar Allah yg menilai

Ikhlas itu bukan kita yang ukur, tapi Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana itu la petanda kita riak dengan Allah sebenarnya.

Bila kita buat sesuatu tu bukan sebab Allah tapi sebab nak pujian dari manusia, itu syirik sebab kita menduakan Allah dalam diam. Kita solat, tapi kita nak orang puji yang solat kita bagus, cukup tertib semua. Itu mensyirikkan Allah la tu. Dan dalam hadith, Rasulullah berkata, beliau paling takut umat beliau mempunyai ‘syirik kecil’.

Manakala,apabila kita meninggalkan sesuatu tu kerana takut dengan pujian dari manusia, itu tandanya kita riak. Riak dengan Allah. Eh kenapa macam tu? Tak buat pun, dikira riak?

pinar mata

Ini kerana, ikhlas tu Allah je la yang boleh ukur. Allah je yang tahu. Sebab benda tu ada dalam hati kita. Hatta, malaikat pun tak tahu kita ni ikhlas ke tak. Malaikat catit je apa yang kita buat. Sama ada kita ikhlas ke tak ikhlas, itu antara kita dengan Allah. Dah tu, acane nak ikhlas?

Ikhlas ni datangnya dari hati dan terlahir dari tingkah laku kita.Kita boleh berusaha untuk ikhlas. Misalnya, kalau kita nak buat sesuatu perkara kebaikan tu, kita niat siap-siap kerana Allah. Cakap kuat-kuat dalam hati, aku buat ni kerana Allah. Lepas tu, bila kita dengar pujian dari manusia je, kita istighfar banyak-banyak. Kita cakap dalam diri kita,

Dosa kita terlalu banyak jika nak dibandingkan dengan kebaikan yang kita buat. Dan sesungguhnya kebaikan yang kita buat ni,tak akan mampu kita lakukan kalau Allah tak menggerakkan hati kita untuk melakukannya. Kebaikan ini adalah anugerah dari Allah. Istighfar istighfar dan terus istighfar. Perbaharui niat kita setiap waktu. Ini apa yang selalu diperkatakan oleh murabbi saya. InsyaAllah, kita amal sama-sama nak?

Mari saya share satu kata-kata dari ulama’ yang saya dapat dari sebuah buku yang saya baca.

“Jika Allah bersamaku, maka celaan makhluk tidak akan membahayakanku.
Jika aku diterima Allah, maka penolakan makhluk tidak akan membahayakanku.
Jika aku dicintai disisi Allah , bagaimana mungkin murka manusia membahayakan aku.
Tapi, jika aku adalah orang yang dimurkai  disisi Allah, maka pujian makhluk tidak akan memberi manfaat bagi aku.
JIka aku ikhlas dalam taat kepada Allah, maka Allah akan menundukkan hati kepadaku.
Maka jika aku riak ingin dilihat orang, maka Allah akan membuka aibku.
Apa yang disembunyikan seseorang pastilah akan ditampakkkan dalam catatan-catatan wajahnya suatu hari nanti.”

Sungguh saya jatuh cinta dengan kata-kata ini.

Sahabat yang saya sayangi kerana Allah. Apa yang saya tahu, dalam hidup ini ada satu perkara yang perlu kita ingat. Setiap kali kita nak buat benda baik, setiap kali kita rasa nak berubah, ingatlah itu semua hidayah daripada Allah sebab Allah masih nak kan kebaikan untuk kita. Allah tak nak campakkan kita ke dalam api neraka. Allah sayangkan hambaNya lantas Allah memberikan hidayah kepada kita supaya kita kembali kepadaNya.

Dan setiap kali bila kita rasa macam nak bertangguh melakukan perkara baik, boleh jadi, sebenarnya kita telah pun terpengaruh dengan kata-kata syaitan kerana setiap kali anak adam tu nak buat kebaikan, BERGEROMBOLAN SYAITAN DATANG MENGHALANG. Syaitan tak kan sesenang nak biar kita kembali pada Allah ye dak? Syaitan tak senang duduk bila kita nak buat benda baik ni.

Iblis berkata,’Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi ini, dan pasti aku akan menyesatkan mereka kesemuanya kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka. “ Al-Hijr: 39-40

kucing

Tengok? Syaitan sendiri dah mengaku yang dia memang nak menyesatkan kita. Dia tak nak kita berada di jalan yang lurus. Sebab tu kadang-kadang kita rasa berat je nak buat benda baik. Macam-macam alasan kita bagi bila kawan ajak kita buat benda baik.Bila kawan ajak pergi usrah je, kita mengelak. Kita bagi alasan esaimen lah segala bagi. Tapi kalau nak keluar shopping ke apa ke, kita laju je pergi. Usrah yang mengambil masa dua jam tu kita rasa lama tapi keluar lepak-lepak dengan kawan seharian tu kita rasa okay je. Tak lama pun walaupun kadang-kadang kita gunakan masa hampir setengah hari untuk lepak-lepak, jalan-jalan. Kita sentiasa je ada masa untuk buat benda-benda macam tu. kan? Tapi masa kita dengan Allah tu macam susah kita nak peruntukkan. Hmm. Sedangkan 24 jam yang kita dapat dalam sehari tu Allah yang bagi. Kenapa nak berkira sangat dengan Allah?

Kadang-kadang, bila setiap kali nak buat benda baik tu, kita akan terdengar suara-suara yang datang dari mana entah berbisik supaya jangan berubah jadi baik sangat. Nanti macam hipokrit pulak, takut tak ikhlas la, takut tak istiqamah la dan macam-macam lagi alasan yang kita selalu bagi bila kita nak berubah.

Allah dah cakap dah dalam Al-quran,

“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlalu) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak antara mereka menjadi orang yang fasik. “ Al-Hadid ayat 16. 

Lihatlah, Allah dah tegur tu. Belum tiba ke waktu nak berubah dan kembali kepada Allah secara khusyuk? KIta la kan, kalau ada berhutang dengan seseorang dan orang tu perli kita, “eh belum tiba ke waktu nak bayar hutang tu?” Apa perasaan kita? Mesti kita rasa malu dan bersegera nak bayar hutang tu kan?

Ni kalau Allah dah cakap, belum tiba ke nak mematuhi perintah Allah? Bila agak-agaknya nak khusyuk mengingati Allah dengan sesungguh-sungguhnya? Cuba tanya dalam diri kita, kenapa susah sangat nak ikut syariat Allah? Kita ni datang dari siapa sebenarnya? Bukankah kita datang dari Allah dan akan kembali pada Allah? Dah cukup kebal sangat ke diri kita untuk tahan azab seksa dalam kubur nanti? 

Buat yang mahu berubah, berubah la walaupun payah. Cubalah dan teruslah mencuba untuk berubah secara perlahan-lahan. Biarpun perubahan yang kita lakukan tu sedikit, tapi biarlah berterusan dan diharapnya perkara itu besar di sisi Allah. insyaAllah.

Allah tak judge b4

Ramadhan akan berakhir. Crying faceJadi, bagaimana kita jadikan Ramadhan sebagai satu medan untuk berubah? Apa perubahan yang dah kita lakukan? Tepuk dada, tanya iman. ^^

No comments: