feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Saturday, August 25, 2012

Balasan melewat-lewatkan solat.

 

Kisah ini diceritakan oleh Amr bin Dinar.

Pada suatu hari, ada seorang penduduk kota Madinah yang mempunyai seorang saudara perempuan. Saudara perempuannya itu kemudian meninggal dunia. Maka mayat saudaranya itu ditanamlah seperti biasa. Tetapi secara kebetulan, semasa menimbus kubur itu tertinggallah kantung di dalam kubur itu.

Orang itu sedar yang kantungnya tertinggal di dalam kubur saudaranya itu. Ia pun meminta pertolongan beberapa orang untuk menggali semua kubur itu. Ia meminta orang yang menggali kubur itu supaya menguak sedikit papan lahad yang menutupi mayat itu.

Orang itu pun menguakkan sedikit papan yang menutupi mayat itu dan orang itu meninjau. Dilihatnya ada cahaya api di dalam lahad itu dan cepat-cepat kembali ke rumahnya.

Sampai di rumah, ia terus bertanya ibunya: “Ibu dapatkah ibu ceritakan sedikit amal perbuatan saudaraku itu?”

Ibunya agak hairan kenapa dengan tiba-tiba anaknya itu bertanya hal saudaranya yang baru meninggal dunia itu.

“Kenapakah kau bertanyakan hal saudaramu, sedangkan dia telah meninggal?”

Anaknya mendesak juga ibunya untuk menceritakan amal perbuatan saudaranya itu. Akhirnya ibunya menceritakan kebiasaan saudaranya yang baru meninggal dunia itu.

“Ibu sering melihat saudaramu itu selalu sembahyang pada akhir waktu dan selalu melambat-lambat sembahyangnya. Saudaramu juga lalai dan cuai di dalam bersuci. Kadang-kadang dia suka mendengar perbualan orang sebelah pada waktu malam dan kemudian menyampaikan berita itu kepada jiran sehingga mereka menjadi berkelahi.”

Demikian terang ibunya tehadap kelakuan saudaranya yang baru meninggal itu.

Orang itu pun terdiam.

Sumber: Al-Laits Assamaraqandi

Abdullah bin Mas’ud radiyallahu ‘anhu berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah, ‘Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah ?’ , Beliau bersabda, ‘Solat pada waktunya’, Saya bertanya, ‘Kemudian apa lagi ?’, Beliau bersabda, ‘Berbakti kepada kedua orang tua’, Saya bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi ?’, Beliau bersabda, ‘Berjihad (berjuang) di jalan Allah’. Saya berdiam diri dari Rasulullah. Seandainya saya meminta tambah, nescaya beliau akan menambahkannya.
- HR.Bukhari-

No comments: