feewwiiittt !

My photo
Status : Hamba pada Dia yang tak berkehendakkan apa-apa. 21.

Wednesday, August 29, 2012

Macam mana nak jadi baik?

 

Assalamualaikum.

Ada kawan tanya saya, “Macam mana nak jadi baik?” Err, susah betul nak jawab soalan tu. Saya terdiam, memikirkan sesuatu jawapan. Dalam kepala, berlegar-legar jawapan yang keluar. Cuma tak terluah sebab takut.Takut kalau-kalau, lidah ni hanya tahu bercakap tapi tangan dan kaki tak beramal pun! Cehh. Bukankah Allah dah bagi amaran siap-siap dalam surah Al-saff ayat 3.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.”

Lagipun, macam mana la nak jawab soalan macam ni kalau diri sendiri pun tak berapa nak baik. Diri sendiri pun terhuyung hayang. Diri sendiri pun tak berapa nak solehah. *mengeluh panjang*

rain..

 Men-solehah kan hati tak semudah nak men-solehah kan luaran kamu. Sebab dalam hati tu, Allah je yang tahu :(

Lama saya diam, kawan saya pun menyambung luahannya.

“Aku tak tahu macam mana nak jadi baik. Aku tak tahu dari mana nak mula. Aku ni kan banyak cakap, aku tengok orang yang baik2 ni, pendiam je. Tak banyak cakap. Cakap pun lemah lembut je. Alahai. Takkan aku nak jadi pendiam tiba-tiba kot. Pelik je.”

“Eh kalau banyak cakap, boleh apa gunakan skill tu untuk berdakwah. Kau kan peramah. Mesti senang nak menautkan hati dengan orang lain.” Saya senyum menampakkan baris gigi hadapan. Konon-konon dah bagi jawapan yang bernas la tu. Saya nampak dahi dia still berkerut. Maknanya, jawapan yang saya bagi kurang memuaskan. Ah sudah. Betul ke apa yang saya cakap ni. Saya pulak yang serba salah!

Saya sambung, “Aku sebenarnya pernah terbaca dekat buku. Dia cakap, kalau nak berubah ni, kena pelan-pelan.” Matanya menala ke arah saya tapi dahinya masih berkerut menanti jawapan daripada saya. Lambat-lambat saya jawab. Sebijik-bijik perkataan keluar dari mulut saya. Nak cakap perihal ilmu ni kena jelas. Tak boleh main aci redah je. Al-maklumlah, takut kalau tersalah cakap. Nanti lain pula kefahaman orang terhadap Islam. Naya!

changes take time

“Err, apa kata kalau kau cuba mula dari perkara yang asas dulu lepas tu baru kau redah perkara-perkara yang besar pulak. Solat 5 waktu kau, aurat kau. Dah cukup sempurna ke  belum?”

Dia menggeleng. “Aku tak bolehlah solat awal- awal waktu. Macam pelik je, dah azan lepas tu terus nak solat. Relax la dulu. Kalau zuhur pukul satu setengah, pukul 3 pun boleh sembahyang lagi.Hehe”

Haa? Err. Mulut saya cuba untuk berbicara. Tapi terasa berat kerana kadang-kadang, saya sendiri pun pernah lalai. Saya sendiri pun selalu terleka. Tengok tv sampai tak ingat dunia, kadang-kadang disebabkan study pun, boleh lewat-lewatkan solat. Aduh. Bila ada waktu-waktu macam ni, alhamdulillah, inilah masanya untuk muhasabah diri balik dan sebenarnya Allah sedang nak ingatkan kita sama. Melayu kan mudah lupa? Eh.

Tapi, apa yang saya tulis ni, peringatan utama saya tujukan untuk diri sendiri. Ya diri sendiri. Dan benda baik kena share dengan orang kan. Tak boleh nak simpan sorang-sorang. Saya hidup dalam komuniti. Saya tak hidup sorang-sorang. Dan saya tahu semua orang nak jadi baik kan? kan kan?

Kenapa kalau nak jadi baik kena mula dengan solat dulu?

prayer2

Mari saya bercerita kisah Abu Hurairah r.a. yang pernah bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seseorang yang solat tetapi masih mencuri.

Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah pula menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

Eh kenapa eh?

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-ankabut ayat 45. Feymes ayat ni. Semua orang pun tahu. Kalau dalam exam, saya memang selalu letak ayat ni. Hihi. *iklan jab*

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwajibkan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Allah lihat

Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar.

Kita usaha sungguh-sungguh perbaiki solat kita, insyaAllah Allah akan bukakkan pintu hati kita untuk menerima hidayah daripadaNya. Bukankah Allah dah cakap dalam Al-quran bahawa Allah akan beri hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Peranan kita pulak? Kita boleh usaha! ya usaha itu tangga kejayaan. Usaha itu tangga untuk ke syurga! Allah tengok usaha kita. Teruskanlah berusaha!

Nak berubah memang susah sebab syurga itu bukan murah!

Saya ada tegaskan dekat kawan saya, seeloknya cubalah solat di awal waktu. Jaga benda ni terlebih dahulu sebelum fikir nak ubah perkara yang lain sebab berubah ni ambil masa kan. Lagipun, solat di awal waktu adalah perkara yang paling dicintai Allah. Sesuai dengan hadith ini.

Abdullah bin Mas’ud radiyallahu ‘anhu berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah, ‘Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah ?’ , Beliau bersabda, ‘Solat pada waktunya’, Saya bertanya, ‘Kemudian apa lagi ?’, Beliau bersabda, ‘Berbakti kepada kedua orang tua’, Saya bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi ?’, Beliau bersabda, ‘Berjihad (berjuang) di jalan Allah’. Saya berdiam diri dari Rasulullah. Seandainya saya meminta tambah, nescaya beliau akan menambahkannya.
- HR.Bukhari-

Dalam banyak-banyak benda, kadang-kadang solatlah yang paling kita liat nak buat. Punyalah berkira dengan Allah. Nak solat awal waktu pun, kita fikir 2-3 kali. Saya tak kata orang ye, saya sedang mengumpat diri saya sendiri. Eh.

Saya sedang cuba memperbaiki waktu solat saya. Oleh itu, saya ajak kawan-kawan semua memperbaiki waktu solat kita. Saya selalu terbaca dekat tumblr kata-kata perlian yang menusuk dalam jiwa saya. Kalau kita dengar phone kita berbunyi, kita tergesa-gesa nak cuba angkat phone kita. Kalau boleh kita tak nak telewat angkat phone walau satu saat pun. Lagi-lagi kita takut, kalau orang yang call tu, ada benda penting yang dia nak cakap. Takut pulak buat dia tunggu. Tapi bila buat Allah tunggu, tak takut pulak kan?

Ni Allah yang call. Allah yang call! saya ulang, Allah yang call! Kenapa kita berlengah lagi nak solat. Allah tak buat miss call banyak kali tau. Allah call sekali je. Azan sekali je dalam satu waktu dalam satu kawasan tu. Sweet tak bila kita dengar azan, kita bergegas ambil wudu’ untuk jumpa dengan Kekasih kita? Sweet kan? Lebih sweet daripada gambar-gambar pasangan yang baru kahwin yang upload kat fesbuk tu kan? Eh.

Fattabiqul khairat! Berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan!

Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Maha kuasa atas segala sesuatu. QS Al-baqarah ayat 148.

relationship with Allah

Murabbi saya dulu, kak ummi selalu cakap, ‘Kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga semuanya untuk kita.’ Jom solat di awal waktu, dan cubalah istiqamah! :)

istiqamah

Jom buat sama-sama! Selamat pergi ke open house ya! *tiba-tiba* Saya yang nak pergi sebenarnya. Hihi. Bye.

No comments: